Pernah dengar cucur nasi?? Selalu dengar cucur badak, cucur udang, cucur pisang haa lagi cucur apa? Tapi kali ni lain sedikit, cucur nasi kita panggil. Kalau bagi saya, ni pertama kali dengar cucur nasi. Korang pula macam mana? Nampak sangat mudah nak sediakan bahan-bahannya, rasanya juga boleh tahan sedap! Resepi yang dikongsikan Norzaiha Razali di Facebook ni betul-betul menarik perhatian saya untuk cuba resepi ni. Korang yang dekat rumah pun patut cuba! Kalau ada anak yang tak minat makan nasi pun akan minat makan cucur nasi ni. Jom kita cuba?
Jika ke pasaraya, pasti pernah lihat filet ikan dori yang diletak di bahagian sejuk beku. Biasanya isi ikan ini enak dimasak Fish & Chips. Tapi jangan tak tahu, ia juga boleh dimasak aneka lauk lain yang sesuai dinikmati bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat menu-menunya.
1. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm halia | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
INFO CHEF: Selain filet ikan dory anda boleh sediakan filet ikan sendiri. Contohnya anda boleh buat filet ikan merah atau ikan talapia merah.
2. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.
Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.
Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.
Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!
RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP
Bahan – bahan:
1 ekor ikan bawal
1 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 biji bawang holland – dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit daun ketumbar
Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Sos ikan
Cara memasak:
Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan
Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin
Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati
Antara pengalaman menarik melancong ke Vietnam adalah menikmati Street Food nya yang bermacam-macam dan sedap belaka. Antaranya, Banh Xeo dan Bahn Mieia sangat sedap dan murah. Tapi kalau teringin, tak perlu tunggu sehingga dapat pergi Vietnam, boleh je buat sendiri. Nak resipi tak ada masalah admin kongsikan. Ini dia, jangan tak cuba sebab admin jamin gerenti sedap.
BANH XEO – CREPE PEDAS VIETNAM
BAHAN UNTUK CREPE:
2 cawan tepung beras
3/4 cawan santan
1 1/2 cawan air sejuk
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun bawang | hiris halus
BAHAN ISIAN:
300gm udang | buang kulit dan cincang
½ biji bawang holland | cincang halus
1 cawan tauge
3 pokok daun ketumbar | hiris
2 sudu makan minyak masak
Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
Tumiskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
Seterusnya, oleskan minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
Crepes sedia dihidangkan.
BAHN MIE – SANDWICH VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
1 batang roti baguette | belah dua
1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
1/2 batang timun | hiris halus memanjang
Daun ketumbar secukupnya
Daun Salad secukupnya
Tomato secukupnya
Hirisan daging panggang
BAHAN SOS:
Sedikit hirisan cili padi
1/2 biji lemon | ambil jus jus
1 sudu makan gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
Kemudian sediakan bahan sos.
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.