Cucur Roti Makan Tak Henti

Share

Kadang-kadang buntu juga memikirkan menu untuk anak-anak suka. Tidak semesti apa yang kita suka, anak akan menyukainya. Hidangan yang simple sering jadi pilihan anak-anak. Resipi cucur roti ini boleh dijamu untuk mereka sama ada untuk sarapan atau petang, Boleh cuba buatnya .

RESIPI CUCUR ROTI

Bahan-Bahan:

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • bawang merah
  • lobak hiris halus
  • secubit garam ( sya guna secukup rasa)

Cara-Cara:

  1. Carikkan roti kecil-kecil. Campur sebati semua bahan. Lebih cantik kalau ada daun kucai atau daun bawang. (saya guna kangkung sbb xde daun bawang)


2.Masa menggoreng lebih cepat sebab cepat masak. Golek-goleh manja dalam minyak dah boleh angkat. Sampai nak amik gambar pun tak sempat.

Kongsi resipi: Ema Norliana

Published by
Putri Adila Saari