Sarapan pagi atau minum petang dengan cucur memang boleh layan sampai sepinggan. Tambah pula dapat yang rangup, cicah dengan sos memang enak. Jom buat cucur sayur bilis ni. Letak udang jadilah cucur udang.Ikut apa bahan yang ada. Resipi ni biasa-biasa, bila lapar jadi sangat luarbiasa.
Cucur Sayur Bilis
Bahan-bahan:
- Campuran sayur ikut suka. Ada tauge dan kucai dalam peti ais. Jadi guna apa yang ada.
- Ikan bilis secukupnya
6 cawan tepung gandum - 4 sudu tepung beras
- 1sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- garam secukup rasa
- Air suam secukupnya -ikut kepekatan yg kita suka
Bahan kisar
- 4-5ulas bawang kecil
- 4-5 ulas bawang putih
Cara memasak:
1.Gaul semua, tepung dengan air suam sikit-sikit dan rasakan garamnya ikut kepekatan adunan. Yang ni nak jemput jari nanti, jadi likat sikit adunannya.
2.Kemudian campurkan semua sayur dan bilis yang dah basuh bersih, mesrakan semua. Rehatkan adunan dalam 30 minit untuk bagi gluten tepung kembang dan mesra sebati.
3.Ok dah siap, boleh goreng.
Kredit : Salasiah Abd Kadir
INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap. Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI