Cucur Sayur Rangup

Cucur Sayur Rangup

Cara Buat Cucur Sayur Rangup Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Minum petang jadi lebih best bila ada Cucur Sayur Rangup ni. Memang sedap. Bahan-bahan sangat ringkas dan senang disediakan. Garing dan ‘crunchy’ di luar tapi dimakan, sangat lembut teksturnya. Mudah kan? Memang berbaloi cuba resipi ni. Pasti puas hati.

CUCUR SAYUR RANGUP

Ads

BAHAN-BAHAN

  • 300gm tepung naik sendiri
  • 150ml air
  • 100gm udang geragau | basuh dan toskan
  • 100gm taugeh | bersihkan
  • 3 tangkai kucai | potong kecil
  • 1/2 batang lobak merah | parut halus
  • 1 biji cili merah | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit lagi tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit lagi air.
  2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Sudukan 1 sudu besar bancuhan cucur. Goreng hingga kuning keperang-perangan. Toskan.
  3. Hidangkan Cucur Sayur Rangup bersama sos pilihan anda.

Selamat mencuba!

Ads

 

 

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img
Kisah Kariku ×