Bagi penggemar seaweed, korang boleh cuba buat cucur. Bunyi mungkin macam pelik tapi rasanya sedap. Boleh cuba buat untuk anak-anak yang cerewet makan. Kiranya, ini salah satu alternatif untuk korang sediakan juadah sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga. Asyik buat cucur bilis atau cucur bawang je kan? Nah, kali ni kita buat cucur seaweed pulak.
RASA kongsikan resipi daripada facebook Anne Natashya D’Ismail.
Ads
CUCUR SEAWEED
.
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
2 biji telur ayam
Seaweed (yang diguna untuk balut shushi)
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
.
Ads
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Kemudian pecahkan telur ayam.
2. Hancurkan seaweed dan masukkan dalam bekas tadi.
3. Masukkan garam dan tuang air sedikit demi sedikit.
4. Bancuh sebati. Jangan cair sangat sebab nanti tak sedap.
.
Ads
2. Bancuh agak-agak boleh jadi bebola.
3. Panaskan minyak masak. Goreng bancuhan 1 sudu besar setiap satu. Goreng sampai kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dimakan.
Umpph sedapnya bila dapat merasa tempeyek yang rangup dan sedap. Sedar-sedar dah sebalang habis. Memang melekakan. Boleh cuba resipi tempeyek ini.
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung beras
1/2 kg tepung ubi
200g tepung jagung
Udang kering secawan (blende)
Cabai kering 2 senduk lauk (blende)
Garam 4 sdt
Ajinamoto 3 sdt * jika perlu
Telur 4@5 biji ikut saiz (blende last)
Jintan manis 1 sdb
Biji lemuju 1 sdb (kalau tak letak pon x pa. Akak xletak harini sebab takde)
Air kapur 1sdb
Air tak reti sukat. Tp pastikan adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair ye 🙂
Kacang & ikan bilis mentah utk letak kat atas (pastikan betul2 kering kalau basuh)
Bahan tambahan:
Suka hati anda mahu letak apa, ada yg tambah daun limau purut dihiris halus, jagung dll.
Cara memasak :
Campur semua bahan kecuali telur.
Lepas siap bancuh baru masuk telur yg di blende tu
Cara menggoreng, curah di tepi kuali
Tempeyek kira dah masak bila dah takde buih2 kat sekeliling dia masa mengoreng.
Resepi ni boleh dapat lebih kurang 400 keping
Kuih tradisional tetap menjadi pilihan walaupun pelbagai makanan unik dan yang telah diolah muncul dari sehari ke sehari. Antara yang mendapat tempat di hati dan menjadi pembuka selera adalah kuih ketayap, kuih peria dan kuih bakar pandan.
Tiga jenis kuih tradisional hasil perkongsian resipi Rahmah Rosmin ini pastinya menggamit kenangan saat ibu atau nenek kita membuat kuih ini dahulu.
Jom kita cuba buat.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
2 ¼ – 2 ½ cawan air pandan / secukupnya
Sedikit pewarna hijau epal – jika perlu
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas, kemudian kisar hingga halus.
Panaskan kuali non stick. Pastikan pan telah panas, baru tuang adunan.
Tuang sedikit adunan, kemudian lenggangkan.
Bila dah masak, angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa. Kemudian, gulungkan kemas-kemas.
(INTI KELAPA)
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut tahap manis yang dikehendaki)
½ cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum (agar inti tak berderai)
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan kelapa. Kacau hingga air kering dan kelapa masak.
Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
*Kalau suka inti warna hitam, masukkan sedikit kicap pekat.
KUIH PERIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 cawan @ secukupnya santan cair / air
Pewarna makanan hijau
Minyak masak
Inti kacang merah
Sarung buah – untuk membentuk jalur
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut, tepung gandum, garam, santan cair dan pewarna makanan ke dalam sebuah bekas dan uli sehingga membentuk doh.
Kemudian, oles sedikit tangan dengan minyak. Ambil sedikit doh kecil dan bentukkan membulat. Kemudian, leperkan dan letak di atas sarung buah.
Isikan inti kacang merah di tengahnya dan tutup kemas. Setelah itu, gulung bersama sarung buah. Tekan sedikit untuk membentuk corak.
Apabila sudah siap semuanya, kukus selama 8 hingga 10 minit dengan api sederhana kuat.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
½ cwn gula pasir (manis ikut cita rasa)
½ sudu kecil garam
2 ¼ cwn santan
1 cawan jus pandan
3 biji telur
2 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan. Kemudian, Kisar hingga halus.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Panaskan sekejap atas dapur gas. Kemudian, tuang adunan dan taburkan bijan.