
Buntu fikirkan sarapan apa nak dibuat setiap pagi? Usah risau…Ada macam-macam resipi boleh cuba. Salah satu yang mudah dan pantas adalah cucur. Ha..Terlajak mudah! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 biji telur
- 2 batang sosej | dihiris nipis
- 1 cawan air sejuk
- 1 batang lobak merah | dihiris halus
- Sedikit daun kucai | dihiris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
- Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
- Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Dodol Kukus, Lagi Senang Buat, Tak Perlu Kacau

Resipi dodol kukus ini sesuai untuk dibuat Ketika teringin nak makan dodol homemade tapi tak rajin untuk mengacaunya.
Tak perlu kacau lama, hanya kukus selama 30 minit dah boleh dimakan. Rasanya tetap enak. Dodol kukus ini cukup terkenal di daerah Temerloh dan ia dimakan dengan tahi minyak.
Bagi yang nak cuba membuatnya boleh gunakan resipi dodol kukus yang dikongsi oleh Mazaliza Mahayuddin.
Cara mudah buat dodol, kukus saja
Bahan A
4 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Sehelai daun pandan

Cara membuat dodol kukus
1. Satukan bahan B dalam periuk kemudian masak hingga hancur dan mendidih. Selepas hancur, tapis.
2. Kemudian satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati. Tapis adunan.
3. Sediakan loyang, lapik dengan daun pisang. Masuk adunan yang telah ditapis ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
4. Selepas masak,sejukkan dan boleh dimakan.
Kredit resipi & foto: Mazaliza Mahayuddin
Artikel berkaitan:Resipi Dodol Homemade Mudah Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit
Resepi Kuih Tepung Pelita Sukatan Cawan, Mudah, Lembut & Lemak Berkrim

Kalau anda tengah cari resepi kuih tepung pelita yang senang ikut dan confirm jadi, inilah dia. Guna sukatan cawan, langkah demi langkah yang mudah difahami — sesuai sangat untuk beginner ataupun yang dah lama tak buat kuih tradisional.

RESIPI TEPUNG PELITA BERATUR PANJANG
BAHAN-BAHAN:

BAHAGIAN BAWAH:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- Pewarna hijau
- Daun pandan
CARA MEMASAK:

Potong 4 kerat. (lihat video di bawah) Cara-cara nak buat acuan.

Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan sedikit gula halus didalam bekas.
Letak gula pasir yang di kisar. Satu sudu teh dalam bekas ( saya kisar je gula pasir bagi halus.. Kalau letak je gula pasir nanti tak jadi, itu Sbb kita kena letak gula hancur.. Dan kita letak yg warna hijau panas2.. Akn jadi Air gula dibawahnya)

Sementara itu masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat.

Letak terus dalam bekas acuan. Tidak perlu kukus sebab dah masak atas dapur sampai pekat
dan sekaligus untuk menghancurkan gula halus yang kita letak dalam bekas tu supaya jadi air gula..
(Nota: Biasa kalau kukus.. Dia akan pejal-pejal kan, kalau masak dan terus tuang dalam acuan dia akan jadi lembut bila pulak kena dengan air gula..)

BAHAGIAN ATAS:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
- (kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
- 4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5gajah utk buat laksa)
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:

Masak semua bahan dan kacau sampai pekat.

Tuang terus ke atas hijau. Tak perlu dikukus sebab dak masak atas dapaur sampai pekat.
Boleh makan terus. Cepat sejuk dan nak lagi sedap simpan dalam peti ais.

Dah siap dan boleh dimakan ketika berbuka nanti!
Kongsi resipi: Sally Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Popia Basah Paling Senang & Tak Renyah, Memang Sedap!
Cucur Badak Montok, Inti Kelapa Pedas Sedap. Makan Memang Tak Cukup Satu
Resipi Karipap Carbonara Sedap. Nak Kulit Menggerutu, Begini Caranya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ada Banyak Pisang Kat Rumah, Ini 4 Resipi Sedap Yang Boleh Korang Cuba.

Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium. Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan kudapan untuk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya, berikut RASA kongsi 4 resipi yang sungguh sedap.

NUGGET KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang berangan
- 100gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula perang
- 1 biji telur
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 150gm keju parut
- Secubit garam
- Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
- 3 sudu makan tepungi jagung
- 3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
- Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
- Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
- Tambahkan keju dan kacau rata.
- Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
- Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
- Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
- Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
- Bancuh tepung jagung sedikit cair.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Celupkan nugget dalam bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
- Goreng atas api sederhana hingga kekuningan.
- Angkat dan sedia dihidangkan

MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji pisang | lenyek hingga halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan oat
- 1/2 cawan choklat chip
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- Secubit garam halus
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
- Kacau hingga semuanya sebati.
- Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yang dileceh dan esen vanilla. Kacau rata hingga sebati.
- Masukkan bahan tepung dalam mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
- Campurkan coklat cip, kaup balik.
- Susun cawan kertas, dan suduk adunan dalamnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
- Bakar lebih kurang 15-18 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.

KEK PISANG BADAM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang berangan | lecek
- 1 cawan gula perang
- 150gm badam cincang | goreng sangai
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen pisang
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN AYAK BERSAMA:
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN COKLAT:
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 2 sudu makan mentega
- 1/2 cawan air suam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhara pada suhu 18oC api atas bawah.
- Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dengan mentega dan alas kertas minyak.
- Kisar gula, telur, minyak di dalam ‘blender’ hingga putih(3-5 minit).
- Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
- Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Setelah kek masak, sejukkan.
- Sediakan sos coklat. Masukkan dalam periuk semua bahan sos.
- Kacau rata, hingga sebati dan berwap. Tutup api.
- Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yang telah disangai.
- Sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.

APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan pisang | lenyek
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 minyak jagung
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Secubit garam
- 2 biji pisang | hiris bulat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
- Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
- Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
- Sudukan adunan dalam acuan. Hias di atasnya dengan hirisan pisang.
- Kukus selama 15 minit dalam kukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
- Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.

