Buntu fikirkan sarapan apa nak dibuat setiap pagi? Usah risau…Ada macam-macam resipi boleh cuba. Salah satu yang mudah dan pantas adalah cucur. Ha..Terlajak mudah! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 biji telur
- 2 batang sosej | dihiris nipis
- 1 cawan air sejuk
- 1 batang lobak merah | dihiris halus
- Sedikit daun kucai | dihiris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
- Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
- Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
- Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.