Cucur telur ni mudah sangat dibuat. Yang penting doh luarnya rangup dan sedap. Intinya pulak sangat murah kosnya.
Cukup dengan telur, bawang, cili merah kucai dan daun bawang, ringkas aje ramuannya. Tak payah daging atau ayam. telur aje sudah memadai. Boleh berjimat bahan dapur, jadi taklah kerap keluar rumah beli keperluan. Ingat, duduk rumah elok-elok.
Ads
CUCUR TELUR
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan doh : 200gm tepung gndum 25gm mentega 1 biji Secubit garam 1/4cawan air
Bahan inti : 2 biji telur 2 biji bawang dhiris* 2 biji cili merah dihiris* Daun kucai secukupnya Daun bawang dipotong Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK : 1. Gaul tepung,mentega,telur,garam sebati.Masukkn air sedikit-sedikit uli hingga x mlekat di tangan. 2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian, sapukan mentega dan rehatkan doh.. 3. Panaskan kuali goreng bbahan bahan bertanda* hingga layu masukkn garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk. 4. Leperkn doh letak inti n lipat sapu sekali lagi mntega…masa nak mngoreng tarik danleperkn sdkt doh..dah boleh goreng. . Selamat mencuba 😊 . Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau korang penggemar sambal ayam penyet ni, pasti nak lebih sambalnya. Barulah padu rasa. Sebenarnya kan lebih puas kalau buat sendiri sambal ni.Tak susah mana pun, yang penting ada kerajinan. Boleh follow resipi yang dikongsi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN BAHAN:
30 biji Cili Padi Merah ( digoreng )
12 biji Cili Merah ( dipotong potong dan digoreng )
4 biji Tomato ( dipotong 4 dan digoreng )
5 biji Bawang Merah ( digoreng )
5 ulas Bawang Putih ( digoreng )
1 inci Belacan ( dibakar )
Air Asam Jawa
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk semua bahan bahan & Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.
2.Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
*sambal ni boleh tahan 3/4 hari tanpa simpan dalam peti & kalau dekat chiller 3-4 weeks pun okey , tapi pastikan masa menumis tu masakkan cilinya betul betul.
Jika tekak terasa nak makan maggi goreng, pastinya kedai mamak yang menjadi pilihan. Rasanya yang padu, cukup rencah serta enak berperisa pastinya memenuhi selera. Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api perkongsian saudari Adnilsam Apat.
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali ( perencah guna 1 1/2 je dari 3 paket )
Udang, sotong atau isi ayam | terpulang pada citarasa masing-masing
3 ulas bawang putih | ditumbuk
3 ulas bawang merah | ditumbuk
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili masak | ditumbuk halus
5 biji cili padi merah | ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Kubis @ sawi secukupnya
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Tapi jangan sampai kembang ye..
Siramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan. ( supaya maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti. ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata dan pecahkan telur. Tutup telur dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kubis @ sawi. Kacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
Boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah, bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.