Cucur ubi kayu ini sesuai dimakan sebagai kudapan masa moreh. Kenalah yang ringan sikit kan. Kalau makan berat, nanti nak bangun sahur pun susah.
Pernah buat cucur ubi kayu? Kalau belum pernah, boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Linda Mujaini ye. Tak susah pun. Tapi yang penting, sedap!
Lenyekkan ubi kayu yang telah direbus sampai hancur sebati.
Buang akar yang terdapat di dalam Isi ubi kayu.
Masukkan tiga sudu besar gula ke dalam isi ubi kayu dan gaul sebati.
Bentuk dan bulat-bulatkan isi ubi kayu sampai habis. Size ikut suka sama ada nak kecil atau besar. Ketepikan.
Ads
Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung beras, marjerin, esen vanilla, baki gula dan pewarna kuning. Kacau sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tak pekat sangat.
Panaskan minyak di dalam Kuali, celupkan isi ubi kayu yang telah dibulatkan tadi ke dalam adunan tepung sebelum menggoreng. Ulang sampai Habis.
Goreng cucur ubi kayu sampai kekuningan dan angkat. Siap. Selamat mencuba.
Sudah terbiasa dengan kudapan seperti kerepek pisang, kerepek ubi dan keladi . Apa kata cipta kelainan dengan kerepek labu dengan rasa lemak.
manis. Sekali makan pasti tak boleh berhenti. Boleh ikut resipi yang min kongsi ini.
Boleh buat untuk kudapan minum petang.
Bahan-bahan:
1 biji labu
Penyagat
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak
1.Potong labu kecil-kecil.
2.Buang kulit labu ( tinggal yang hijau tu sikit ) jangan kupas terlalu tebal.
3.Sagat nipis nipis ( panjang – panjang )
4.Basuh di bawah aliran air tidak perlu rendam dalam air garam .
5.Jemur dibawah cahaya matahari utk keringkan ( agak -agak kering , anggaran 2-3jam dibawah cahaya matahari yg terik )
6.Goreng dibawah api yg sederhana
7.Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam balang.
RotiJohn adalah antara makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Bila ke pasar malam, gerai yang jual Roti John sedap pastinya dikerumuni ramai. Namun, agak susah nak jumpa gerai yang jual Roti John ni yang memuaskan hati dan kena dengan selera. Harga pun boleh tahan mahal. Inti pun ciput je. Hirisan kubis je tinggi menimbun. Anda terasa nak makan? Jom belajar buat Roti John secara homemade. Pasti puas hati.
ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
200gm daging kisar
4 biji telur
1 biji bawang besar | potong dadu
2 biji ubi kentang | potong dadu
1 kiub pati ayam
1 paket kecil rempah sup
Garam secukup rasa
1 sudu makan marjerin / mentega
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Roti frankfurter @ roti sosej
Mayones secukupnya
Sos cili secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .
2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.
4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.
5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.
6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.
7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.
8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.
9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.
10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.
11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.
13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.
14. Sapukan mayones dengan secukupnya.
15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.
Pening nak fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
1½ cawan beras sushi
2 cawan air
1/3 cawan cuka nasi
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
2 keping seaweed | dihiris halus
1 bij cili merah | dihiris halus
3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
1/2 batang merah | dicincang halus
4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan
Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
4 biji roti sosej | belah tengah
100gm daging cincang
4 batang sosej ayam
1 biji bawang holland | dicincang halus
2 ulas bawang merah|dicincang halus
1ulas bawang putih | dicincang halus
4sudu makan sos balognes
1 sudu teh serbuk kari daging
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 biji ubi kentang |saiz besar
200gm daging kisar
1 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih |dicincang
100gm keju mozarela | diparut
2 sudu kecil mayones
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.