Cucur Ubi Kayu Sesuai Sebagai Kudapan Masa Moreh

Share

Cucur ubi kayu ini sesuai dimakan sebagai kudapan masa moreh. Kenalah yang ringan sikit kan. Kalau makan berat, nanti nak bangun sahur pun susah.

Pernah buat cucur ubi kayu? Kalau belum pernah, boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Linda Muja ini ye. Tak susah pun. Tapi yang penting, sedap!

Cucur Ubi Kayu Sesuai Sebagai Kudapan Lepas Moreh

Bahan-bahan:

Isi ubi kayu secukupnya (direbus)

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

2 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini

1 sudu besar majerin (cairkan) – boleh beli online di sini

1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

5 sudu besar gula kasar (tahap manis ikut Suka) – boleh beli online di sini

2 titik pewarna kuning (optional)

Cara Membuat:

Lenyekkan ubi kayu yang telah direbus sampai hancur sebati.

Buang akar yang terdapat di dalam Isi ubi kayu.

Masukkan tiga sudu besar gula ke dalam isi ubi kayu dan gaul sebati.

Bentuk dan bulat-bulatkan isi ubi kayu sampai habis. Size ikut suka sama ada nak kecil atau besar. Ketepikan.

Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung beras, marjerin, esen vanilla, baki gula dan pewarna kuning. Kacau sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tak pekat sangat.

Panaskan minyak di dalam Kuali, celupkan isi ubi kayu yang telah dibulatkan tadi ke dalam adunan tepung sebelum menggoreng. Ulang sampai Habis.

Goreng cucur ubi kayu sampai kekuningan dan angkat. Siap. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa