Teringin nak makan cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar, korang boleh saja buat sendiri di rumah. Sangat mudah, jimat dan terjamin kebersihan. Paling penting makan puas. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah:-

CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan yis (mauripan)
Air sejuk | boleh agak-agak
Segenggam tauge
Sedikit kucai | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | parut memanjang
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Masukkan tepung dalam bekas, tambahkan serbuk kunyit, yis dan garam. Gaul rata.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
  3. Masukkan tauge, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap 30 minit.
  4. Panaskan minyak (minyak banyak), kemudian rendam senduk bulat besi (sebagai acuan cucur) dalam minyak panas.
  5. Tuangkan cucur di dalam senduk tersebut dan letakkan udang di tengah-tengahnya.
  6. Masukkan dalam minyak panas sambil goyang-goyangkan senduk sehingga adunan cucur tertanggal dari senduk.
  7. Goreng cucur hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dipotong dan sedia dihidangkan bersama kuah kacang atau sos cili.

Kredit: @resepiorangkita

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI