Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!

RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU

Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

  • 200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
  • 2 sdt serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 gelas (230 ml) air
  • 4 sdb udang geragau kering
  • Sebiji bawang besar (hiris halus)
  • Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
  • Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
  • 3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

Ads
  1. Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
  2. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
  4. Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.

Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.

Ads

 

Kongsi resipi: Noor Ashikin
Rujukan: Bull Bull (Baba Nyonya Recipe Sharing Group)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI