Suka makan Cucur Udang gebu yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudara Zaky Mat Ali. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang. Mudah sahaja resipinya. Menurut empunya resipi, cucur ini memang lembut dan gebu. Tidak letak udang pun tidak mengapa. Boleh digantikan dengan bilis sahaja. Makan panas-panas bersama sos ataupun kuah kacang memang nikmat. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG GEBU, SEDAP & MUDAH BUAT HANYA GUNA BAHAN RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum – beli online disini Udang secukupnya Bawang merah secukupnya – beli online disini Lobak merah secukupnya Daun kucai secukupnya Tauge secukupnya Garam secukup rasa Sedikit serbuk kunyit – beli online disini Yis – beli online disini Air secukupnya Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam mangkuk bersama tepung gandum.
2. Tambah air dan adun semua bahan hingga sebati dan bercampur rata. 3. Biarkan adunan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak. Rendam senduk supaya adunan cucur tidak melekat bila dimasukkan nanti. 5. Masukkan adunan ke dalam senduk, letakkan seekor udang diatasnya dan goreng hingga garing dan keperangan. 6. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan.
Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Sajian asam rebus dan asam pedas sememangnya menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan. Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
Sedikit ibu kunyit
2 tangkai daun kesum
Sedikit belacan
800ml air
CARA MEMASAK:
Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
2 biji cili merah | dihiris nipis
4 biji cili padi | dihiris nipis
1 batang serai | dihiris nipis
2cm lengkuas
2cm halia
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2cm kunyit
4 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris nipis
4 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit
15 biji cili padi merah dan hijau
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.
Terasa nak makan Cendol? Petang-petang macam ni memang sedap kalau makan cendolsejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah.
CARA BUAT CENDOL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Secubit garam
800ml air
1 mangkuk air berais
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.
2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.
3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!