Suka makan Cucur Udang gebu yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudara Zaky Mat Ali. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang. Mudah sahaja resipinya. Menurut empunya resipi, cucur ini memang lembut dan gebu. Tidak letak udang pun tidak mengapa. Boleh digantikan dengan bilis sahaja. Makan panas-panas bersama sos ataupun kuah kacang memang nikmat. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG GEBU, SEDAP & MUDAH BUAT HANYA GUNA BAHAN RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum – beli online disini
Udang secukupnya
Bawang merah secukupnya – beli online disini
Lobak merah secukupnya
Daun kucai secukupnya
Tauge secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
Yis – beli online disini
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam mangkuk bersama tepung gandum.
2. Tambah air dan adun semua bahan hingga sebati dan bercampur rata.
3. Biarkan adunan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak. Rendam senduk supaya adunan cucur tidak melekat bila dimasukkan nanti.
5. Masukkan adunan ke dalam senduk, letakkan seekor udang diatasnya dan goreng hingga garing dan keperangan.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan.
Kredit resipi & foto: Zaky Mat Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official