Cucur Udang Rangup dan Tidak Serap Banyak Minyak, Jom Buat!

Share

Cucur udang ada kalanya jadi kurang sedap sebab serap terlalu banyak minyak. Apabila dijamah, terasa berminyak-minyak pada bahagian bibir.

Kali ini RASA ingin berikan resipi berserta tip untuk membuat cucur udang yang rangup dan paling best, tidak serap banyak minyak.

Jom kita lihat resipinya.

CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN
1/2 ikat daun kucai (potong-potong)
1 mangkuk kecil tauge
1/2 btg lobak merah (hiris)
Udang secukupnya
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan daun kucai, tauge, lobak merah, udang, tepung gandum, tepung beras, serbuk penaik, garam, serbuk kunyit dan air sedikit demi sedikit. Gaul semua sebati.
2. Adunan perlulah dibancuh tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Rehatkan adunan selama 15 minit.

Tekstur adunan tepung yang dikehendaki.

3. Panaskan minyak masak. Tunggu sehingga minyak sederhana panas.

4. Masukkan sesudu demi sesudu bancuhan. Terbalik-terbalikkan cucur sehingga masa dengan rata.

Jangan masukkan banyak sangat. Biar ada ruang antara cucur.

4. Ulang langkah ini sehingga bancuhan habis digoreng.

Angkat dan toskan.

TIP SUPAYA CUCUR TIDAK SERAP BANYAK MINYAK
– Mula menggoreng apabila minyak sederhana panas.
– Minyak sederhana panas akan mengelakkan adunan menyerap minyak terlalu banyak.
– Kalau minyak tidak cukup panas, adunan tepung akan serap banyak minyak.
– Minyak terlalu panas pula akan menyebabkan tepi-tepinya cepat hangus.

Nampak sedap, kan?
Sedap dimakan dengan kuah kacang. Boleh juga guna sambal kicap atau apa-apa sos yang jadi kegemaran.

Untuk lebih jelas, boleh tonton video di sini.
https://youtu.be/y7QnjKujMbw

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

Published by
Maryam Elyas