Memang best kan Resepi Cucur Udang Rangup dimakan ketika masih panas. Nak nak dipadankan dengan air kopi , memang layan.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk dkunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai di potong memanjang
Carot di sagat
1 biji cili merah di hiris nipis.
Cara memasak:
1.Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati. .perap 1/2 jam.
2.Panaskan senduk yg hendak di gunakan….letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor..agak dah tak melekat di senduk keluarkan..goreng hingga garing…toskan minyak…
Bahan Sos
5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
air asam jawa
Garam gula secukup rasa..
Cara memasak:
1.Blender semua bahan dan masak hingga mendidih…bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka..
2.Kacau sebati …tutup api.
Credit : Hairul Nizam Ijam
#mahn