Cucur Udang, Sedap Buat Minum Petang

Share

 

Antara menu jualan laris di gerai untuk minum petang adalah cucur udang. Selain pisang goreng, cucur udang juga amat menarik perhatian untuk dibeli dan dijadikan hidangan minum petang. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas.  Tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.

CUCUR UDANG

cucur udang fb

BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak

CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.

Resipi oleh Hamizah Yatim dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas