Petang-petang kalau tak tahu nak buat kuih apa, tak ada idea, kamu boleh lah cuba resipi dari utara ni. Cucuq atau Cucur Balak ia lebih kurang macam cucur udang cuma cara masaknya sahaja yang berbeza. Ikut suka jika nak masukkan kucai dan taugeh pun boleh, sedap dimakan bersama kuah kacang atau sambal,. Jika anak tak suka makan sayur gantikan dengan sosej mesti laju jer makan. Mak-mak mesti cuba!
RESIPI CUCUQ BALAK
Bahan-Bahan:
Ads
Tepung gandum
Telor sebiji
Serbuk kunyit
Garam @ perasa ikut suka.
Daun kucai
Cara-Cara:
Ads
Semua bahan di blend..bancuhan agak2 jgn terlalu cair atau pekat.mcm nk buat roti jala bancuhannya
Kemudian dilenggang dan digulung..barulah digoreng sehingga garing.
Dah siap!
Siap digulung…tunggu nak goreng je.Siap digoreng, kemudian toskan minyak nyerSiap!
Puding Tiramisu yang sangat ringkas dan mudah dibuat tanpa perlu guna banyak bahan. Puding begini memang enak dimakan sejuk-sejuk. Bagi yang suka manisan, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Yusma Mustafa ni. Selain dimakan sendiri, puding ini juga sesuai untuk dijadikan jualan untuk menambahkan pendapatan. Pasti ramai yang sukakannya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau bagi sebati. 2. Kemudian buka api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat dan berkilat. Tutup api. 3. Untuk lapisan pertama, masukkan sedikit adunan kastard tadi ke dalam loyang @ bekas.
4. Kemudian lapisan kedua, letakkan biskut marie. Jika tidak muat bekasnya, boleh dipatahkan.
5. Taburkan milo mengikut sukatan yang disukai. (empunya resipi letak 1 sudu teh sahaja)
6. Seterusnya ulang balik langkah dengan meletak lapisan kastard.
7. Diikuti dengan lapisan biskut Marie dan juga milo.
8. Lapisan akhir haruslah lapisan kastard.
9. Kisar kasar 7 keping biskut mari dan 5 sudu makan milo. Kemudian taburkan diatas lapisan kastard yang terakhir tadi.
10. Masukkan Puding Tiramisu ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
Di musim PKP ni kalau anda ingin cuba buat kuih Akok sendiri, ini resipi yang sangat mudah, begitu juga dengan cara membuatnya. Adun guna blender, bakar dengan acuan Trio Cupcake je. Hasilnya lebih cantik dan rasa tetap sama. Kepada yang suka kuih ini, kalau takda Trio Cupcake boleh je guna acuan cupcake biasa atau serabai atau bakar dalam ketuhar menggunakan resipi yang sama. Selamat mencubalah ye.
KUEH AKOK BAHAN-BAHAN: 6 biji telur 2 keping gula nise/ gula melaka besar (kalau kecil 3keping) 1 cawan santan 1/2 sudu teh garam 3 sudu makan tepung gandum 1/2 cawan air 1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
Masak gula nise atau gula melaka dan letakkan sehelai daun pandan hingga gula hancur.
Tapis dalam bekas dan sejukkan.
Masukkan dalam blendar bersama telur, air, santan garam dan tepung.
Blender hingga sebati dan halus (boleh saja kalau nak kacau dengan tangan).
Kemudian tuangkan dalam Trio Cupcake dan bakar hingga masak.
Jika tidak ada boleh je bakar guna ketuhar dengan suhu 180C selama 20.
Zurida Hassan berkongsi resipi dari arwah maknya yang lazat seakan-akan makan di majlis kenduri. Elok sangat resipi ini dipraktikkan oleh anak dara yang baru nak belajar memasak sangat mudah!
Resepi Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri
Bahan-Bahan: (untuk 1 ekor ayam)
Cili kering 15 tgkai
Cili merah 3-5 biji
Bwng merah 5 ulas
Bwg putih 3 ulas
Serai 3-5 batang
Halia
Lengkuas
Buah tomato
*(Bahan2 diatas diblend)
Santan
sos tomato/cili
4 sekawan
Daun pandan
Gula dan garam, aji klu suka
Minyak utk menumis
Cara-Cara:
Tumiskan 4 sekawan & daun pandan,
Dah agak garing masukkn bahan2 blend, biar betoi2 pecah minyak, api kena slow..
Masukkan santan biar mendidih, masukkan sos, gula dan garam..
Akhir sekali masukkan ayam.. Lagi lama masak lagi sedap.. Yg penting api kena slow..
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.