Cukup rasanya,masakan Thai yang sedap untuk dicuba. Ada pedas, manis, masam membuatkan sesiapa sahaja yang memakannya pasti suka, cubalah buat untuk makan malam bersama keluarga, pasti berselera.
RESIPI AYAM MASAM MANIS ALA THAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng..jgn goreng terlalu garing)
BAHAN KISAR: (jgn kisar sampai halus yer)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi(x suka pedas bleh kurangkan)
2 batang serai(hiris2) (kisar semua bahan ini jgn terlalu halus)
BAHAN LAIN:
Ads
3 sdb sos cili
1 sdb sos ikan
3-4 helai daun limau purut(carik2)
1 1/2 sdb gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air utk kuah
2 senduk minyak untuk menumis
5-6 biji cili padi(hiris membulat)x buh pun boleh..
1 biji bawang besar(hiris membulat)
Sedikit daun ketumbar(sy letak daun sup sbb x,de stok)
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak..tumis bahan kisar,masukkan gula,sedikit garam(jgn byk)dan bahan perasa..
Tumis hingga betul2 naik minyak dan agak garing..masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut..masukkan ayam dan air..gaul rata..bila dah memdidih dan kuah pekat..masukkan bawang besar dan cili potong..gaul rata..sesuaikan rasa…tabur daun ketumbar(x de pun xpe) dan tutup api…siap
Kongsi resipi: Mariana Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam masak merah yang gerenti sedap. Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap, kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ini RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Anda ada periuk Noxxa tapi jarang guna? Meh cuba masak Nasi Tomato. 7 minit je dah siap masak. Sesuai sangatlah buat masa rumah terbuka nanti. Memang memudahkan kerja serta sangat cepat.
NASI TOMATO NOXXA
BAHAN-BAHAN:
9 pot beras basmathi – dibersihkan
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan planta
2 sudu makan minyak masak
9.5-10 pot air
Susu pekat manis ( 1 sudu makan = 1 pot beras)
2 sudu makan garam
Puri tomato ( 1 sudu makan = 1 pot beras)
BAHAN TUMIS:
4 sekawan ( cengkih, pelaga, kayi manis dan bunga lawang)
3 helai daun pandan – simpulkan
2 helai daun salam/bay leaves
5-6 biji bawang merah besar – hiris
5cm halia – hiris
4-5 ulas bawang putih – hiris
CARA MEMASAK:
Tekan mode ‘Stir Fry’. Masukkan minyak sapi, planta dan minyak masak.
Tumis 4 sekawan, daun pandan, daun bay, hiirsan bawang merah, halia dan bawang putih.
Bila dah naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan dan air. Matikan mode ‘Stir Fry’.
Cuaca panas-panas ni..Dapat mkn puding..memg nikmat..Makan hingga menjilat jari. Mudah jer buatnya ikut resipi berikut.
Bahan-bahan:
1 cwn tpg kastard
5 cwn air
1/2 tin susu cair
1/2 cwn gula
Esen vanilla
Cara memasak:
1.Campur kesemua bahan..
2.Masak di atas api sehingga pekat & berkilat..
3. Sendukkan ke dalam acuan
4. Sejukkan
Kuah Kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail. ( guna sirup sahaja)
1/2 cawan air
1 cawan gula
1 biji telur (ambil yg merah sahaja)
1 sb tpg kastard
Esen vanilla
Daun pandan
Cara memasak:
1.Sebatikan semua bahan2 kecuali telur..
2.Masukkan daun pandan yg disimpulkan.
3.Masak sehingga nmpk sedikit pekat..
4.Ambil sedikit adunan…campurkan bersama telur merah…sebatikan..
5.Curahkan kedlm kuah kastard..
6.Kacau sehingga kuah mesra..Kuah kastard siap.
Slmt Mencuba…
*kuah kastard boleh dimasak awal & di simpan dlm fridge..
*boleh dimkn bersama puding raja…puding roti…kek dll.
*hiasi puding bersama fruit cocktail/lychee/longan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira