Pasukan kulinari Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) kini sibuk membuat persiapan untuk Culinaire Malaysia 2019 yang akan berlangsung pada 24-27 September2019 dimana ia bakal menemukan pakar-pakar kulinari tempatan dan antarabangsa yang terbaik dalam pertarungan “Malaysian Battle of the Chefs”.
Meneruskan sokongannya sebagai penaja lokasi bagi Culinaire Malaysia bagi kali kelapan berturut-turut, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur teruja untuk mengalu-alukan lebih 1,000 profesional kulinari yang akan memperlihatkan bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang dan kategori.
Seperti edisi pada tahun-tahun lepas, Culinaire Malaysia sekali lagi akan dianjurkan serentak dengan Food & Hotel Malaysia (FHM) 2019, pameran makanan dan hospitaliti yang terulung di Malaysia. FHM bukan merupakan satu pameran semata-mata, kerana reputasi yang tersendiri dan pengalaman selama bertahun-tahun menjadikan FHM satu-satunya perhimpunan sepertinya untuk semua yang terlibat dalam industri makanan, minuman dan layanan.
Ads
Menurut Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, “Kami teruja kerana dapat bersama-sama menjayakan Culinaire Malaysia sekali lagi. Pertandingan ini akan membantu kami menambah baik lagi kemahiran kulinari kami, dan akan memberi manfaat kepada bakat muda dan industri kulinari Malaysia. Acara ini adalah satu platform penting untuk mereka mendapatkan pengalaman, pendedahan, inspirasi dan peluang berinteraksi dengan yang terbaik, menyertai pertandingan persahabatan serta memperlihatkan daya kreatif dan teknik mereka menerusi inovasi terkini dalam dunia kulinari.”
Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar, menjelaskan, “Kami gembira untuk mendaftarkan 40 anggota pasukan kami bertanding dalam Culinaire Malaysia pada tahun ini, iaitu kali keenam kami menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan. Kebanyakan anggota pasukan kami tahun ini terdiri daripada chef muda dan ‘Duta’ (pekerja sambilan) kami, yang telah menjalani latihan di bawah bimbingan para pemenang Culinaire Malaysia bagi menyediakan mereka untuk pertandingan, dan kami harap ini akan membantu kami meneruskan kecemerlangan sebagaimana tahun-tahun lepas.”
Ads
Ads
Beliau menambah, “Semua Duta kami ini begitu setia dan telah bekerja dengan tekun sepanjang masa bersama kami dan Culinaire Malaysia menyediakan saluran yang tepat untuk kami membalas budi dengan meningkatkan kemahiran profesional mereka dan mendedahkan mereka kepada apa yang diperlukan untuk bekerja dalam persekitaran dapur yang semakin mencabar sekarang. Bagi Pusat Konvensyen, kami perlu terus membangunkan bakat muda bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk industri acara perniagaan dan layanan.”
Chef de Cuisine Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Mohamad Noor Musa (duduk kiri) berkongsi maklum balasnya mengenai hidangan mereka dengan Kapten Pasukan Pusat untuk Culinaire Malaysia 2019, Western Banqueting Chef, Nur Mohammad Zahar (duduk kanan) dan dua orang ahli pasukan mereka bersedia untuk “Malaysian Battle of the Chefs”.
Pameran FHM 2019 menjanjikan acara-acara yang lebih besar dan lebih baik, dipenuhi dengan program persidangan, seminar teknikal, ceramah pendidikan, demonstrasi memasak dan paparan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Pameran empat hari ini akan meliputi ruang seluas 22,000 meter persegi di Pusat Konvensyen, dengan penyertaan 1,500 jenama dan syarikat dari 50 negara. Acara ini dijangka menarik lebih 28,000 pelawat dari seluruh dunia.
“Syabas kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia (PCA) yang menjayakan edisi ke-15 FHM dan edisi ke-14 Culinaire Malaysia. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan mereka untuk bersama-sama mencapai kejayaan penting ini, dan kami mengucapkan selama maju jaya. Semoga acara tahun ini akan mencapai satu lagi kejayaan yang gilang-gemilang,” kata Pryor.
Dapatkan maklumat lanjut tentang FHM 2019 dan Culinaire Malaysia di laman web www.foodandhotel.com dan www.culinairemalaysia.com.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Brand memperkenalkan produk terbaru yang lebih sihat dengan produk Santan Super Light baharu dengan 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi tetap mengekalkan rasa dan aroma kelazatan santan. Malah ia juga padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli.
Santan Super Light dari Ayam Brand ini juga bebas kolestrol berbanding yogurt dan susu biasa. Produk ini juga menjadi penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi iaitu 47.7 peratus daripada populasi golongan dewasa.
“Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand Santan Super Light yang mengandungi 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama tanpa kolestrol,”kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nathan Deverre.
Menurutnya lagi ia juga tidak mengandungi bahan pengawet dan MSG dan dapat membantu menjadikan resipi tradisional lebih sihat selain menambah citarasa tempatan.
Dalam pada itu, pakar nutrisi, Shermin Low berkata kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa lemak kelapa mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs) yang digunakan secara langsung dalam tubuh manusia untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan tenaga dan menambahbaik imunisasi.
Tambahnya, pengambilan dan pemilihan ramuan makanan yang betul secara sederhana merupakan kunci utama dalam memastikan tahap kolesterol setiap orang berada pada tahap yang sebaiknya.
“Produk seperti Ayam Brand Santan Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat,”katanya.
Chef Syafiq Othman turut menunjukkan demonstrasi masakan menggunakan Santan Super Light dengan menu Gulai Mackerel dan minuman Matchs Santan Boba Tea di majlis pelancaran yang berlangsung di Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Ayam Brand Santan Super Light didatangkan dengan kotak tetra pek 330ml dengan harga RM3.10 sepeket namun pengguna boleh mendapatkan harga promosi RM2.95 di mana-mana rangkaian Pasaraya Giant sehinga 31 Oktober.
TV Sarawak (TVS) dengan bangganya mempersembahkan program terbaharu yang penuh dengan elemen kebudayaan, menelusuri keindahan alam serta pengalaman unik dalam penjelajahan ‘Sumandak Takes Borneo’, sebuah program yang mengetengahkan keunikan Sabah dan Sarawak melalui perspektif dan pengembaraan tiga wanita muda.
Rancangan yang diterbitkan secara eksklusif oleh pelopor media digital Melayu terunggul, NU Ideaktiv ini menjanjikan kisah menarik asimilasi budaya, sejarah serta cabaran yang mengujakan.
Satu Perjalanan Memahami Keindahan & Budaya Borneo
Sumandak Takes Borneo menampilkan perjalanan tiga wanita berani – Tracie Sinidol, Dina Allysha dan Auni Yusri yang meneroka hidden gem serta keindahan sebenar Borneo dari lokasi bersejarah hingga ke destinasi tersembunyi yang sarat dengan budaya dan tradisi masyarakat setempat.
Mereka bukan sahaja menemui pelbagai warisan yang unik, malah mereka juga merasai sendiri kehidupan komuniti tempatan serta menyertai aktiviti budaya yang mengujakan.
Setiap episod bakal membawa penonton turut sama menerokai tempat-tempat yang jarang menjadi tumpuan termasuklah perkampungan tradisional, tapak bersejarah serta destinasi alam semula jadi yang menakjubkan.
Malah, Tracie, Dina dan Auni berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan penduduk tempatan demi memahami adat resam dan budaya secara terus dari akar umbi serta merasai sendiri pengalaman seperti tarian tradisional, memasak hidangan warisan nenek moyang dan menyertai aktiviti sukan rakyat.
Tekan Aspek Kelestarian Borneo
Program ini turut memberikan tumpuan secara khusus dari aspek pemeliharaan dan pemuliharaan Flora dan Fauna eksklusif Sabah termasuklah bagaimana masyarakat tempatan menjaga warisan alam semula jadi mereka dan bagaimana setiap pelancong memainkan peranan dalam mengekalkan alam di Borneo.
Program arahan Faiz Munir dan terbitan Rizal Risman ini menawarkan pengalaman sinematik yang memukau dengan penggambaran yang menampilkan panorama indah Borneo serta kisah penuh emosi dan inspirasi.
Saksikan Rancangan 13 Episod
Sumandak Takes Borneo ditayangkan secara eksklusif hanya di TVS bermula 4 Mac 2025 sehingga 27 Mei 2025 pada setiap hari Selasa jam 10.30 malam dengan setiap episod yang membawa penonton menyelami pelbagai aspek kehidupan di Borneo.
Bukan sekadar rancangan biasa, program ini merupakan satu bentuk penghormatan kepada warisan Borneo yang kaya dengan budaya dan tradisi yang perlu dihargai.
Selain menghiburkan, Sumandak Takes Borneo turut berfungsi sebagai platform pendidikan, memaparkan kisah-kisah inspirasi mengenai usaha komuniti dalam mengekalkan identiti budaya mereka.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012, Majalah Hijabista terbukti berjaya memberi impak sekaligus mewarnai industri penerbitan dan digital tanah air. Sehingga kini, jenama Hijabista juga sering menjadi rujukan golongan wanita berhijab khusus dalam memberi inspirasi, tip kecantikan, fesyen dan juga kerohanian.
Justeru, buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.
Diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim, rancangan ini bakal menyaksikan kemunculan personaliti pengacaraan terkenal, Puan Sri Normala Samsudin yang diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap untuk musim pertama ini.
Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih berdasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmiwww.hijabista.com.my
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.