Sambil mengajar murid sekolah, cikgu ini turut jadikan hobi memasak sebagai sumber pendapatan. Manakan tidak, selalu sangat rakan sekerja dan ibu bapa murid sekolahnya menempah kek pisang yang sedap sangat ni.
RASA kongsikan resipi seorang guru, Izwahani Zainal yang membuat kek pisang terlajak sedap dan gebu. Senang je nak buat kek pisang ni rupa-rupanya. Hanya 4 langkah je. Sempoi! Cubalah.
KEK PISANG LEMAK BERKRIM GEBU
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Izwahani Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.
Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yang sungguh sedap.
Jom kita semak 5 lagi resipi biskut raya yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih…
1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 350 gm gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung kentang | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
- 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
- Ceri hijau dan merah
- Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
4. Adun hingga menjadi doh
5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
2. APRICOT SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum | diayak
- 100gm apricot kering | dipotong kecil
- 100 gm serbuk badam
- Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
3. Adunkan supaya menjadi doh.
4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
3.PEANUT BUTTER TART ALMOND
BAHAN – BAHAN:
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 350gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 100 gm mentega kacang
- 50 gm badam hiris
- 50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
- Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
4.SUGEE ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 120 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
- 50 gm hirisan badam
- 100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan Anggaran kos : RM 45
INFO : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 1 biji telur
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 10 ml perisa pudina
- 10 ml pewarna hijau
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
- 120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
Terima kasih :
Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Senang Nak Buat Red Pearl Cookies Ni, Jom Try!
Walaupun bukan hari raya apa salahnya buat biskut? Lagipun biskut ni sedap dan kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang kita mahu. Jadi, kalau nak lebih elok dimakan, buatlah kurang manis. Biskut ni senang je nak dibuat. Sudahlah senang, sedap pulak tu. Jom try buat.
RED PEARL COOKIES
BAHAN-BAHAN
300 gram mentega
120 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
300 gram tepung gandum
120 gram cornflakes | diramas kasar
50 gram badam | dicencang
100 gram coklat chip
50 gram ceri merah | dipotong
Ceri merah | untuk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata.
4. Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah.
5. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk.
Selamat Mencuba
Kredit Resipi Facebook Deyana Hatazad https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2715352138502402
Tutti Frutti Tart Cookies, Laku Keras DiBuat Niaga
Tutti Frutti Tart Cookies ni memang mudah dibuat. Kalau buat niaga pasti laku keras. Yang penting jangan lokek inti, inti tu yang buat sedap.
Ni resipi dari Mariana Zainal, katanya,“Kalau tak mahu bubuh dalam tart shell, boleh aje bubuh dalam paper cup.” . Tapi sekarang ni kalau tak rajin nak buat tart shell (kulit tart) ni boleh aje beli dah siap.” Tapi kalau min kalau nak puas hati buat sendiri kulit tart tu , boleh buat banyak sikit.
TUTTY FRUTTI TART COOKIES
(Resipi Mariana Zainal)
Bahan kulit tart(Tart Shell) :
- 290gram tepung gandum
- 170gram mentega
- 50gram gula aising
- 1 bji telur gred c
- Sedikit esen vanilla
Bahan inti:
- 500gm cornflakes(marliana guna yang kecil beli di bakeri)(kalau beli yang biasa ramas sikit2 ja)
- 1 cawan badam slice(bakar)
- 1 cawan badam nibs(bakar)
- 1/2 cawan walnut (bakar) *opsyen takde pun tak apa
- 1/2 cawan ceri merah
- 1/2 cawan ceri hijau
- 3/4 cawan madu
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega
(semua kekacang bakar sekejap 8-10minit)
CARA PENYEDIAAN:
Cara buat kulit tart :
1. Satukan mentega dan gula aising. Kacau hingga sebati, dah sebati masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
3.Simpan doh dlm peti ais selama 1 jam(barulah kulit tart cantik).
4.Teraplah guna acuan,cucuk-cucukkan bahagian dalam/tengahnya sikit..
5.Bolehlah bakar pada suhu 180*c api atas dan bawah, selama 18-20 minit, dah sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Cara buat inti :
1. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan gula.
2. Apabila gula dah mencair masukkan madu, masak hingga berbuih ganas.
3. Dah berbuih ganas masukkan cornflakes,badam2,walnut,ceri merah/hijau. Kacau sebati dan tutup api.
4. Masukkan inti dalam shell tart,tak payah penuh sangat. Bakar 5 minit suhu 180* api atas dan bawah.
(jika inti masih berbaki boleh masukkan dlm papercup yang kecil dan bakar 5 minit juga)
5. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit FB : Mariana Zainal
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.