Anda suka menu bakar atau grill tapi rasa mesti kena dengan tekak Melayu, ini ada dua menu yang terlajar laris di Indonesia. Anda semua wajib cuba sebab sedap tak terkata,  pedas dan ada sedikit rasa manis. Anda yang suka daging boleh cuba Iga Bakar Kicap dan yang suka seafood boleh cuba Cumi Bakar. Dua-dua menu ini kalau kena dengan sambal pencicahnya memang menghabiskan nasi.

Cumi & Iga Bakar Ni Sedap Tak Terkata, Wajib Try!

IGA BAKAR KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
  • 10 sudu makan kicap
  • 500ml santan
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1000ml air
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 5ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
  2. Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
  3. Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
  5. Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  6. Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
  7. Seterus sediakan pemanggang.
  8. Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

Cumi & Iga Bakar Ni Sedap Tak Terkata, Wajib Try!

IKLAN

CUMI BAKAR:

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500 gm sotong | buang  kepala dan kulit arinya
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  •  1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • 2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai  cili merah
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan sambal kicap.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI