
Antara kek yang sedang ramai suka sekarang ni adalah burnt cheese cake. Kek ini bukan macam kek keju leleh tapi sejenis kek yang dibakar. Memang sedap sesangat. RASA kongsikan resipinya di sini ya.
BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan
250 gram cheese (guna philadelphia lagi sedap)
85 gram gula (boleh kurangkan ke 75gm)
2 biji telur ayam
9 gram tepung gandum
120 gram whipping cream
Sedikit esen vanilla (jika mahu)
Cara membuat
1. Putar sebati cheese dan gula. Masukkan telur. Putar sebati lagi. Ketepikan.
2. Campurkan tepung dengan whipping cream. Gaul sebati. Satukan dengan adunan cheese tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Kaup balik sampai semua bersatu elok.
4. Lapikkan loyang dengan baking paper. Tak payah cantik-cantik tak apa. Sebab konsep kek ni memang kek yang tak ada rupa.
5. Jangan lupa panaskan oven suhu 200°C. Bakar kek ni selama 40 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan. Masuk peti sejuk semalaman. Esok pagi tu korang makan konfem berslice-slice masuk perut korang tanpa sedar. Nak makan terus pun boleh. Tapi lagi sedap kalau dah simpan dalam peti ais.
Panduan:
Adunan ni untuk bekas 5 inci tau. Kalau nak kek ni besar, sila gandakan adunan.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Atie Halpi dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Buttermilk Lemon Cake Yang Mudah & Sedap


BUTTERMILK LEMON CAKE

- 225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 380gram tepung gandum
- 400gram gula kastor
- 240ml buttermilk
- 3 biji telur
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan parutan kulit lemon
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh garam halus
- 2 sudu makan air
- 2 sudu makan gula kastor
- 2 sudu teh jus lemon
- 120gram gula aising
- 2 sudu makan jus lemon
- Satukan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau sebati. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted dan gula kastor lalu pukul hingga agak kembang (3-4 minit) pada kelajuan sederhana.
- Masukkan telur lalu pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
- Masukkan separuh campuran tepung lalu pukul perlahan diikuti dengan separuh campuran buttermilk. Masukkan separuh lagi campuran tepung dan separuh lagi campuran buttermilk. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan kek pilihan yang telah disapu dengan mentega secukupnya. Ratakan.
- Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak sempurna. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
- Untuk membuat sirap; satukan semua bahan dalam kuali kecil lalu didihkan hingga semua bahan cair dan likat. Tuang sirap ke atas kek ketika kek masih agak suam.
- Untuk membuat glaze; satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk hingga sebati dan likat.
- Setelah kek sejuk dan menyerap sirap tadi, tuang pula glaze diatasnya. Jika suka boleh hias dengan hirisan lemon.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Marjerin Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Gebu Memang Sedap

Anda suka makan Kek Marjerin kampung? Kek ni antara yang paling ringkas dan senang untuk dibuat. Tapi keenakannya, bau harum dan wangi, kalah kek yang mahal. Kalau dekat rumah anda ada marjerin, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Norcashmoney Rozaidi ni. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT KEK MARJERIN KAMPUNG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan marjerin – beli online disini
1 cawan susu pekat (nak manis boleh tambah lagi dalam ½ cawan) – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla (ditambah. Ikut asal tak ada) – beli online disini
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri – diayak – beli online disini
2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit.
2. Sementara ketuhar dipanaskan, pukul marjerin dan susu hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekadar rata sahaja. Masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.


5. Satu adunan dibiarkan pada warna asal dan satu adunan lagi diadun bersama serbuk koko hingga sebati.

6. Ambil loyang yang bersesuaian. Oles dengan marjerin dan boleh dialas dengan baking paper.
7. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli atau mengikut kreativiti masing-masing.

8. Bakar kek selama 45 minit atau hingga masa. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Ubah ikut kesesuaian sendiri.

9. Kek Marjerin enak sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norcashmoney Rozaidi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Mudah, Simple & Sedap. Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun. Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.
Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.
1.DAISY CHOCOLATE COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 50 gm tepung ubi | diayak
- 20 gm serbuk coklat | diayak
- 300 gm tepung jagung | diayak
- 50 gm tepung kastad | diayak
- 1 sudu teh perisa coklat
- 1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
5. Susun manik sebiji di atasnya.
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 120 gm gula perang
- 1 biji telur
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 30 gm serbuk coklat | diayak
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 50 gm corn flakes | diramas
- 30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
3.DYRA RAISIN COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm mentega
- 100 gm gula perang
- 1biji telur
- 50 gm serbuk coklat | diayak
- 300 tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
5. Adun menjadi doh lembut
6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
4. BROWNIES COOKIES

BAHAN- BAHAN :
- 200 gm mentega
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk koko | diayak
- 100 gm perang
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm coklat cip
- 1biji telur
Bahan hiasan :
- Cip coklat secukupnya
- Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
4. Hiaskan dengan cip coklat.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit
5. BUBBLE RICE COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 150 gm mentega
- 80 gm gula perang
- 1 biji telur saiz C
- 30 gm serbuk koko | diayak
- 30 gm coklat masakan | dicairkan150 gm tepung gandum | diayak
- 100 gm bubble rice @ bertih beras
Bahan hiasan :
- Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
INFO : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.
fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail

