Pernah makan karipap gergasi. Yang ni saiznya 18-20 sm setiap satu dengan berat 300 gm, pasti kenyang menikmatinya.
Perbandingan saiz dengan karipap biasa dibuat
Sempena cuti sekolah ini Lanjut Beach & Golf Resort berlangsung kempen Moh Ngopi di setiap hujung minggu dengan sajian karipap gergasi dengan percuma secawan kopi.
Empat jenis inti karipap boleh didapati adalah inti kentang dengan telur, kentang dengan ayam, kentang dengan kambing serta kentang dengan keju. Sebagai ekstra tambahan rasa, dalam inti ayam dan daging juga ada tambahan telur rebus.
Ads
Jom kita cuba buat karipap gergasi yang rangup dan enak ini:
KARIPAP GERGASI
Ads
Bahan doh :
1kg tepung gandum
150 gm mentega | dipotong kecil
250 gm marjerin | panaskan marjerin hingga cair
400-500 ml air
1 sudu makan garam
Bahan Inti Ayam :
Ads
1kg kentang | dipotong dadu kecil
200gm serbuk Kari Ayam
400 gm bawang besar | dicincang halus
300 gm isi ayam
3 tangkai daun sup @ ketumbar | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
*3 biji telur rebus | dibelah dua
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
1. Gaulkan tepung dengan mentega, masukkan marjerin panas di tengah tepung dan gaul sebati.
2. Apabila telah suam, masukkan air sedikit demi sedikit, masukkan garam . Uli adunan sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Adunan jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Cara masak inti ayam:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan kacau rata, biarkan sampai pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan masak hingga separuh masuk, kemudian masukkan daging ayam dan biarkan hingga empuk . Masukkan daun sup.
4. Perisakan dengan garam dan gula
5. Semasa memasukkan inti dalam doh, masukkan telur rebus (sebelah) bagi setiap biji karipap.
6. Panaskan minyak, dan gorengkan hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 6 biji karipap gergasi (300 gm setiap satu) Info : Masukkan 2-3 helai daun sup atau ketumbar untuk mewangikan dan melazatkan lagi inti.
Terima kasih : Eksekutif Chef Suhaifi Idris, Pasti Chef Norazli Amat Hamam dan Chief Baker Zaid Alwi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya KaripapHomemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petangyang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Emm… enaknya menjamah kuih muih lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Bila tiba bulan ramadan, kuih-kuih ini antara yang mendapat sambutan ramai dan paling dicari. Jika anda ada masa dan rasa nak buat sendiri, jom cuba resipi yang RASA sediakan ni. Pasti puas hati.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh minyak sapi
1/ 2 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Inti:
200gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dihiris
1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
1 sudu teh serbuk kari
50ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
20gm bawang goreng
20gm daun sup | dihiris
2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
375ml air gula melaka
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
Kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
480gm gula pasir
500ml santan
750ml air
2 keping manisan
CARA MEMASAK:
Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang nangka | dilecek
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm kelapa parut
100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
240gm gula
240gm gula merah
1 liter air
2 sudu teh air kapur
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
100gm tepung kastad
50gm kelapa parut
1 biji kelapa |diambil santan
300gm gula pasir
2 biji telur | dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
125ml minyak kelapa
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Korang penggemar murtabak kalau makan Murtabak Daging Kambing ni, gerenti tak cukup sekeping. Memang sedap ye. Tapi kalau nak beli susah nak dapat kalau bukan bulan puasa, tapi apa kata korang buat je sendiri, kerana resipinya RASA kongsikan kat sini. Tapi kenalah rajin mencuba ye. Tak cuba tak jadi.
Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.