Cuti Sekolah Ni Moh Ngopi Karipap Gergasi. Wow, Ada Telur Rebus Dalam Intinya…

Share

Pernah makan karipap gergasi. Yang ni  saiznya 18-20 sm setiap satu dengan berat 300 gm, pasti kenyang menikmatinya.

Perbandingan saiz dengan karipap biasa dibuat

 

Sempena cuti sekolah ini Lanjut Beach & Golf Resort berlangsung kempen Moh Ngopi di setiap hujung minggu dengan sajian karipap gergasi dengan percuma secawan kopi.

Empat jenis inti karipap boleh didapati adalah inti kentang dengan telur, kentang dengan ayam, kentang dengan kambing serta kentang dengan keju. Sebagai ekstra tambahan rasa, dalam inti ayam dan daging juga ada tambahan telur rebus.

Jom kita cuba buat karipap gergasi yang rangup dan enak ini:

KARIPAP GERGASI

Bahan doh :

  • 1kg tepung gandum
  • 150 gm mentega | dipotong kecil
  • 250 gm marjerin | panaskan marjerin hingga cair
  • 400-500 ml air
  • 1 sudu makan garam

Bahan Inti Ayam :

  • 1kg kentang | dipotong dadu kecil
  • 200gm serbuk Kari Ayam
  • 400 gm bawang besar | dicincang halus
  • 300 gm isi ayam
  • 3 tangkai daun sup @ ketumbar | dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

*3 biji telur rebus | dibelah dua

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
1. Gaulkan tepung dengan mentega, masukkan marjerin panas di tengah tepung dan gaul sebati.
2. Apabila telah suam, masukkan air sedikit demi sedikit, masukkan garam . Uli adunan sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Adunan jangan terlalu lembik atau terlalu keras.
Cara masak inti ayam:


1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan kacau rata, biarkan sampai pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan masak hingga separuh masuk, kemudian masukkan daging ayam dan biarkan hingga empuk . Masukkan daun sup.
4. Perisakan dengan garam dan gula
5. Semasa memasukkan inti dalam doh, masukkan telur rebus (sebelah) bagi setiap biji karipap.
6. Panaskan minyak, dan gorengkan hingga perang keemasan.

Saiz hidangan : 6 biji karipap gergasi (300 gm setiap satu)
Info : Masukkan 2-3 helai daun sup atau ketumbar untuk mewangikan dan melazatkan lagi inti.

Terima kasih : Eksekutif Chef Suhaifi Idris, Pasti Chef Norazli Amat Hamam dan Chief Baker Zaid Alwi

Published by
Faridah Talib