
Kalau teringin Daging Air Asam, buat saja sendiri kerana ini antara menu sedap dan mudah disediakan dan tidak perlu kemahiran memasak sangat pun. Berpandukan resipi yang RASA kongsikan ini pun anda boleh menyediakan sendiri di rumah. Yang penting cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Lagi pedas lagi sedap. Tak percaya anda boleh cuba buat ye.
DAGING AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | bersih dan rebus hingga empuk
BAHAN KISAR:
1/2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
5-6 biji cili padi | nak pedas boleh tambah
1 biji cili merah
3cm belacan
Air asam secukupnya
Garam gula secukupnya
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar
3 biji limau kasturi
1 biji tomato | potong dadu
1 biji cili merah | hiris
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan kisar dalam blender, kisar hingga lumat.
- Tuangkan bahan kisar tadi dalam mangkuk berisi hirisan daging.
- Tambahkan ke dalamnya bahan hirisan lain dan perahkan jus limau nipis untuk beri rasa masam yang segar.
- Gaul rata, jika kurang garam dan gula boleh tambah. Ikut citarasa.
- Setelah siap, Daging Air Asam sedia dihidangkan.
Kredit: kak Ja @resepiorangkita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempe Homemade Dijamin Bersih & Puas Hati Nikmatinya

Menu tempe selain berkhasiat ia juga boleh menjadi menu jimat untuk seisi keluarga makan. Potong tempe nipis-nipis lalu digoreng dengan ikan bilis buat sambal kering boleh jadi stok untuk makan. Kalau ada yang berhajat,boleh juga cuba buat sendiri seperti resipi yang dikongsikan ini.
TEMPE HOMEMADE
1.Cuci bersih kacang soya. Rendam soya minimum 5 jam
2.Rebus kacang siap direndam sehingga betul-betul mendidih.
3.Tutup dan biar terendam selama 24 jam
4.Gosok ramas buang kulit kacang sehingga bersih.
5.Cuci bersih dan rebus sekali lagi sehingga mendidih.
6.Tos sejat kacang dan kering sepenuhnya.
7.Tabur dan gaul rata ragi betul-betul merata pada soya.
8.Bungkus mengikut citarasa.
9.Perap selama 2 hari 2 malam.
InshaaAllah menjadi.
Kredit resipi: Norulrafidah Omar
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Baked Milk Cheese Pudding, Nyaman DiMakan Dingin

Baked milk cheese pudding ni memang berkrim dan sedap rasanya.Nak-nak kalau makan sejuk dikeluarkan dari peti sejuk. Ada ramuan keju, susu dan tepung jagung memang enak berkrim
Jom kita lihat resipi perkongsian Farisha Sofea dalam FBnya. Lima bahan aje tak termasuk kuning telur untuk sapuan.
BAKED MILK CHEESE PUDDING VIRAL
.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan susu penuh krim
- 4 sudu besar tepung jagung – beli online DI SINI
- 3 sudu besar gula / pes kurma / madu* – beli online DI SINI
- 2 keping keju / 1 sudu serbuk keju fawwaz
- 2 biji kuning telur
Bahan Sapuan :
- Kuning telur secukupnya
.
CARA MEMASAK :
1. Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati .
*untuk versi baby, empunya resipi gantikan gula dengan pes kurma atau madu dan gantikan kepingan keju dengan serbuk keju fawwaz daripada @An_Babyfood .
2. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk .
3. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan .
4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat .
5. Tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam acuan .
6. Setelah adunan sedikit suam , simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam .
7. Kemudian keluarkan daripada acuan dan letakkan di dalam loyang pembakar .
8. Sapukan permukaan adunan dengan bahan Sapuan .
9. Panaskan oven .
10. bakar pada suhu 230C selama 15 – 20 minit atau sehingga keperangan .
11. Untuk corak garis garis di atas tu boleh sapukan lagi kuning telur apabila adunan hampir masak .
.
12. Siap , selamat mencuba
Kredit foto & resipi :FB Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
INGIN MEMBELI PETI SEJUK BARU, JOM LAYARI DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Koleksi Puding Yang Sedap , Masukkan Sekali Dalam Sajian Aidiladha
Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat

Menjelang petang mulut terasa nak makan macam-macam. Baik yang manis, pedas, berlemak dan sebagainya. Apa pun yang diingini tepuk dada tanya selera. Kalau tak rajin memang biasanya kuih muih ini dibeli sahaja. Bila ada mood nak memasak sendiri ,macam- macam idea kuih yang nak dimasak. RASA kongsikan resipi yang memikat rasa. Boleh lah buat untuk minum petang nanti.

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 20minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : kuih muih
Keistimewaan : Lembut dan manis
Anggaran Kos : RM10
Info Chef : Pastikan lempeng pisang dimasak sempurna untuk mendapatkan kelazatannya
Bahan-bahan:
20 biji pisang abu
300gm gula kabung
200gm tepung gandum
100gm kelapa parut
2gm garam
Daun pisang
Cara menyediakan dan memasak:
1.Lenyek pisang dengan gula kabung sampai hancur.
2.Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3.Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
4.Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
5.Lipatkan daun pisang.
6.Bolehlah dibakar di atas kuali leper sehingga masak.

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : kuih muih
Keistimewaan : Garing, manis dan lemak
Anggaran Kos : RM15
Info Chef : Keju lebih menambahkan lagi kelazatannya.
Bahan-bahan:
12 biji pisang (pisang abu atau pisang raja)
400gm tepung beras
200gm tepung gandum
20gm tepung penaik (baking powder)
3gm garam
1Sudu kecil Serbuk kunyit atau pewarna kuning
1biji telur ayam
0.5 liter air
1 kg minyak masak
Bahan Sos dan Topping:
200gm susu pekat manis
100gm coklat rice atau parutan coklat masakan
200gm Keju Cheddar (disagat halus)
Cara memasak:
1.Satukan tepung gandum, tepung beras, garam,kunyit,tepung penaik dan telur dan masukkan air
2.Gaulkan sehingga rata
3.Masukkan pisang ke dalam tepung yang telah dibancuh
4.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kan pisang hingga kuning keemasan
5.Angkat dan toskan minyaknya
6.Curahkan susu pekat ke atas pisang goreng
7.Taburkan bersama coklat rice dan keju di atas pisang itu tadi. Enak dimakan ketika masih hangat.

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : adun rata dan gulung
Jenis masakan : Kuih
Keistimewaan : Sedap dan ringkas
Anggaran Kos : RM20
Info Chef : Tambahkan dan cicah sos pedas untuk menikmati rasa yang menyelerakan
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
80gm sos manis
50gm sos pedas cili
40gm kacang tanah hancur
60gm sos tiram
160gm sengkuang
20gm gula
10gm kicap pekat
4 biji telur
100gm udang
200gm ayam
80gm Romaine salad
200gm tauhu keras
100gm timun
160gm taugeh
40gm bawang goreng
Cara memasak:
1.Sengkuang dipotong halus dan dimasakkan bersama sos tiram, gula dan kicap pekat. Kemudian disejukkan.
2.Telur digoreng seperti telur dadar dan nipis kemudian dihiris halus.
3.Timun dan romaine salad dihiris halus
4.Udang dan ayam direbuskan kemudian di potong dadu.
5.Letakkan kulit popiah kemudian disapukan dengan sos manis dan sos pedas, kemudian letakkan timun , taugeh, tauhu, kacang tanah,sengkuang, telur , udang atau pun ayam , bawang goring dan salad, kemudian digulungkan bersama.
6.Akhir sekali potong dua dan bolehlah dihidangkan.

Saiz hidangan: 10 org
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar atau Panggang
Jenis masakan : kuih
Keistimewaan : Pedas dan lemak
Anggaran Kos : RM20
Info Chef : Pastikan semasa memanggang bara atau api jangan terlalu panas.
Bahan-bahan :
50gm cili kering
100gm bawang merah
150gm serai
60gm buah keras
15gm gula
5gm garam
60gm minyak masak
500gm ikan tenggiri
1 biji telur
80gm tepung jagung
3gm serbuk kunyit
100gm santan
5gm pewarna merah
10 helai daun kelapa
Cara memasak:
1.Rebus cili kering dan kisarkan bersama bawang merah, serai buah keras dan tumiskan sehingga naik bau, kemudian sejukkan.
2.Campurkan semua ikan,telur, tepung jagung ,santan, gula, garam ,sebuk kunyit dan gaulkan bersama bahan yang ditumiskan.
3.Letakkan sedikit pewarna merah dan isikan ke dalam daun kelapa
4.Kemudian bakarkan di atas bara

Saiz hidangan: 10 org
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Rebus dan bakar
Jenis masakan : Burger
Keistimewaan : Sedap dan unik
Anggaran kos : RM80
Info Chef : Menggunakan Sous Vide mesin untuk memastikan rasa daging tidak akan berubah dan kualiti tekstur daging yang memuaskan apabila menikmatinya
Bahan-bahan:
1kg daging lembu (strip loin)
1kg dada ayam
10gm garam
5gm serbuk cili paprika
100gm minyak masak
10biji mini roti bun
5biji tomato
1batang timun
150gm salad
100gm cili sos
100gm tomato sos
100gm mayonis
Cara memasak:
1.Daging digaulkan dengan garam, paprika dan sedikit minyak kemudian digulungkan dan di vacumkan.
2.Ayam digaulkan dengan garam, paprika dan sedikit minyak kemudian digulungkan dan di vacumkan.
3.Kedua-duanya di sous vide (masak dalam air panas) selama 2jam.
4.Roti dipotong separuh dan diletakkan tomato ,timun dan salad.
5.Kemudian daging dan ayam dipotongkan menjadi bentuk bulat dan diletakan diatas roti tadi
6.Akhir sekali letakkan sos tomato, cili dan mayonis di atas burger itu tadi.
RESIPI : CHEF DE CUISINE ZULFIKAR MAHDI
TERIMAKASIH: BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL,KUALA LUMPUR