Isi ayam kampung memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa.
Foto : dagingayamkaikun13.blogspot.com
Tapi sebenarnya ada petua bagaimana nak memasak ayam kampung agar isi nya lebih empuk dimakan. Jom ikut 4 petua ni…
1. GUNAKAN NENAS
Foto : preservedhome.com
Selain daging kambing, nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam yang sudah dibersihkan, kemudian lalukan di bawah air mengalir.
Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian cuci bawah air yang mengalir sampai bersih.
Tetapi ada juga kekurangan menggunakan cara ini kerana masakan tu mesti terasa sedikit rasa nenas pada ayam.
Ads
2. GUNAKAN DAUN BETIK
Foto : jagonews24.com
Penyelesaian lain untuk mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan aun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas. Hancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam. Bilas bersih
3. HALIA DAN GARAM
Foto : thebigfatnoodle.com
Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.
Ads
4. AIR KELAPA
Foto : vogue.in
Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.
Okay ini resipi ayam kampung yang sedapnya hingga menjilat lari :
Ads
AYAM KAMPUNG KAPITAN
BAHAN-BAHAN :
6 keping dada ayam kampung | dicuci bersih
3 senduk minyak masak
1 biji bawang besar | dicincang
2.5 sm halia | dicincang
2.5 batang serai | dicincang
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
5 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering
1 senduk serbuk kari daging | campurkan sedikit air jadikan pes
1/2 senduk pes cili kering
5 sudu makan kicap mi
5 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan goreng dada ayam dengan api sederhana sehingga separuh masak.
Masukkan pes kari daging dan digaul rata kemudian masukkan cili kering kisar, kicap dan sos tomato.
Sentiasa gaul supaya tidak hangit ketika ini api mesti perlahan. Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan cili kering (sebiji-biji), bahan yang di cincang dan daun bawang, kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun kari dan dikacau rata.
Biarkan ayam dimasak lama dengan api perlahan agar rempah dapat meresap dan sebati dengan isi ayam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terdapat banyak masakan di negara kita yang menggunakan rempah ratus. Ia memberikan rasa lebih mendalam pada satu-satu masakan. Aroma yang diterbitkan juga lebih menyerlah.
ASAM TUMIS AYAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |potong kecil
1 liter air
2-3 sudu makan air asam
1 batang serai |dititik
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN (B):
10-12 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas muda
2cm kunyit hidup
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
Panaskan 2-3 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B hingga pecah minyak. Masukkan serai dan tumis lagi.
Masukkan air, air asam jawa dan ayam. Didihkan hingga ayam empuk.
Masukkan kerisik dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau tomato yang dibelah dua.
AYAM BAKAR REMPAH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1 paha ayam
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
15 biji cili hijau | buang biji dan kisar halus
1 sudu cincangan daun basil segar | kisar halus
2 sudu makan stok/air rebusan ayam
5 ulas bawang putih |cincang lumat
Sedikit Thyme kering
Sedikit Oregano kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak. Keluarkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan lain, perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan didihkan hingga kuah pekat.
Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.
Info chef: Boleh gunakan air menggantikan stok/air rebusan ayam.
AYAM PANGGANG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 paha ayam
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan stok/air rebusan ayam atau air
5 ulas bawang putih – cincang lumat
Sedikit Thyme kering
Sedikit Oregano kering
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak.
Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan lain dan didihkan hingga kuah memekat.
Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.
Info chef: Boleh dihidangkan juga bersama salad sayur-sayuran.
DADA AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1-2 keping dada ayam
2 sudu makan rempah kari ayam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
3cm lengkuas
3cm halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
Lumurkan pes, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit pada ayam bersama garam dan lada sulah secukupnya.
Perap ayam selama beberapa jam atau semalaman.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
Angkat ayam dan hidangkan panas.
Info chef: Boleh siram sedikit sos cili di atasnya ketika menghidang dan sedikit salad sayuran.
DAGING HITAM HALBA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
DAGING MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
DAGING TETEL HERBA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat.
IKAN GORENG SAMBAL BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung saiz besar
7-8 biji cili merah
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 sudu teh rempah kari
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam dan gula secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Ikan dibersihkan, potong kecil lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Masukkan rempah kari ikan, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Tambah sedikit air dan tumis lagi hingga semua rempah masak sepenuhnya.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tuang sambal ke atas ikan goreng dan gaul rata. Boleh tambah hirisan bawang besar atau daun bawang jika suka.
Info chef: Boleh gunakan ikan kerisi atau selar juga.
KAMBING PANGGANG REMPAH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping rusuk/bahu kambing
2 tangkai daun rosemary segar
10 ulas bawang putih |cincang halus
2 sudu makan sos perang
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan cincangan bawang putih, sos perang, sos lada hitam dan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Kacau hingga sebati.
Lumurkan sos campuran tadi ke atas kepingan kambing.
Tabur cincangan rosemary ke atas kambing. Perap beberapa jam atau semalaman.
Panggang kambing di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 20 minit atau hingga kambing masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
100gm isi petai
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!