4 Tip Daging Ayam Kampung Isinya Empuk, Cubalah Resipi Ayam Kapitan Ni

Share

 

Isi ayam kampung memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa.

Foto : dagingayamkaikun13.blogspot.com

Tapi sebenarnya ada petua bagaimana nak memasak ayam kampung agar isi nya lebih empuk dimakan. Jom ikut 4 petua ni…

1. GUNAKAN NENAS

Foto : preservedhome.com

Selain daging kambing, nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata  atas daging ayam yang sudah dibersihkan, kemudian lalukan di bawah air mengalir.

Cara lain adalah rendamkan  ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian cuci bawah air yang mengalir sampai bersih.

Tetapi ada juga kekurangan menggunakan cara ini kerana masakan tu mesti terasa sedikit rasa nenas pada ayam.

2. GUNAKAN DAUN BETIK

Foto : jagonews24.com

Penyelesaian lain untuk mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan aun betik. Kalau anda menggunakan cara  ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam.  Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas. Hancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam. Bilas bersih

3. HALIA DAN GARAM

Foto : thebigfatnoodle.com

 Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.

4. AIR KELAPA

Foto : vogue.in

Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.

Okay ini resipi ayam kampung yang sedapnya hingga menjilat lari :

AYAM KAMPUNG KAPITAN

BAHAN-BAHAN :

  • 6 keping dada ayam kampung | dicuci bersih
  • 3 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 2.5 sm halia | dicincang
  • 2.5 batang serai | dicincang
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
  • 5 tangkai daun kari
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 senduk serbuk kari daging | campurkan sedikit air jadikan pes
  • 1/2 senduk pes cili kering
  • 5 sudu makan kicap mi
  • 5 sudu makan sos tomato

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak dan goreng dada ayam dengan api sederhana sehingga separuh masak.
  2. Masukkan pes kari daging dan digaul rata kemudian masukkan cili kering kisar, kicap dan sos tomato.
  3. Sentiasa gaul supaya tidak hangit ketika ini api mesti perlahan. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Masukkan cili kering (sebiji-biji), bahan yang di cincang dan daun bawang, kacau selalu.
  5. Akhir sekali masukkan daun kari dan dikacau rata.
  6. Biarkan ayam dimasak lama dengan api perlahan agar rempah dapat meresap dan sebati dengan isi ayam.

 

 

Published by
Faridah Talib