Daging Bakar & Pencicah Versi Siam. Sekali Cuba Pasti Tak Toleh Kiri Kanan!

Share

Daging Bakar dan pencicah air asam tu mungkin dah biasa bagi kita. Oleh itu apa kata hari ni pakat cuba resipi Daging Bakar dan pencicah versi siam pula. Menurut empunya resipi, ini merupakan hidangan kegemaran beliau sampaikan sanggup tiap minggu ke Dannok untuk menikmati sajian ni. Bagi yang nak cuba, boleh pakat share resipi perkongsian saudari Aida Illyana ni. Tengok gambar pun dah tau sedap!

 

DAGING BAKAR BERSAMA PENCICAH SIAM

BAHAN DAGING BAKAR 

  • 2 keping daging batang pinang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk hancur
  • 1 batang serai – tumbuk hancur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu makan gula perang
  • 3 sudu makan susu cair
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Sedikit serbuk perasa

    *optional: Sedikit halia yang ditumbuk hancur

CARA MEMERAP:

  1. Satukan semua bahan dan aduna sebati. Lumur pada daging dan perap dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dimasak. Lagi lama diperap lagi sedap.

 

INFO RASA: Bakar daging hingga masak. Lebih enak jika bakar guna arang.

 

BAHAN PENCICAH SIAM

  • 4 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan pes asam jawa (campur sedikit air panas untuk cairkan)
  • 1 sudu makan serbuk beras pulut siam (roasted rice powder)
  • 2 sudu makan serbuk cili kering thai chilli flakes (lebih utk pedas)
  • 1-2 biji limau nipis (boleh ubah ikut rasa. Jika tak cukup masam, boleh tambah.)
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Daun bawang secukupnya
  • 1-2 biji bawang kecik/bawang merah – hiris nipis
  • 1 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (optional)

 

CARA MEMBUAT SOS:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Adun sebati. Siap untuk dihidangkan bersama daging bakar.

Kredit resipi & foto: Aida Illyana

Link asal resipi: https://goo.gl/zuRuiP

Published by
Nur