Daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thai yang menyelerakn. Daging yang diperap dengan ramuan kkas membangkitkan rasa daging dan sos masam manis menmbahkan lagi selera.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
- 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
- 2 sudu besar sos tiram*
- 2 sudu besar kicap cair*
- 1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
- 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
- 1 sudu kecil lada sulah*
- 2 sudu besar gula perang*
- 3 sudu besar susu cair*
- 1 sudu kecil serbuk cili *
- Sedikit serbuk perasa*
- Sedikit minyak masak
- 1 ketul arang size kecil
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *
- Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
- Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
- Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
- Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2minit sahaja ye.
- Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah thai.