Makan

Daging Black Pepper Juicy Dan Sedap Rasa

Share

Raya korban nanti pastinya banyak daging korban yang disedekahkan. Banyak menu boleh anda buat dengan menu daging antaranya sup, gorengan dan sebagainya. Tapi menu yang simple ini pasti semua suka. Daging black pepper ni kalau dimakan nasi panas-panas memang laju menambah. Tak usah lauk lain pun tak mengapa.Kombinasi lada hitam dan bawang putih menyedapkan lagi masakan.

DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
Daging
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang Holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sos black pepper
2 sudu lada hitam (tumbuk)
1 biji capsicum hijau
2 biji tomato
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Garam, gula, ajinomoto
Minyak masak
Cara memasak:
1.Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit, kacau kemudian masukkan bawang putih.
2.Masukkan sos blackpepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
3.Masukkan garam, gula,ajinomoto.
4.Masukkan lobak merah,lada capsicum.

 

5.Agak-agak sayur dah lembut, kemudian masukkan pula tomato, bawang Holland dan
daun bawang.

6.Siap untuk dihidang.

Kredit resepi: fatimah ibrahim

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN