Daging Black Pepper Paling Sedap DiBuat Berbuka.

Share

Daging black pepper ni sebenarnya sajian fusion yang paling popular. Walaupun asasnya masakan barat tetapi dengan tambahan cili padi, rasanya dah mengikut selera rasa orang Asia.

Anda boleh juga menambah sedikit tepung jagung (dicampur air) jika mahu kuah yang likat. Sesuai dibuat berbuka tetapi standby air manis atau jus buah ya, biar cepat hilang pedasnya.

DAGING BLACK PEPPER BERAPI

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg daging lembu |dipotong nipis
  • 3 sudu besar sos black pepper
  • 2 sudu besar bawang besar+putih blend
  • 2 sudu teh serbuk black paper
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

*Dikacau dan gaul sebati semua bahan

Bahan tabur kemudian :

  • 1 biji bawang besar hiris
  • 10 biji cili padi | ikut kepedasan
  • 2sm halia | dimayang

CARA MEMASAK :

1. Kacau semua bahan sehingga sebati .Gaul semua bahan.

2.Tambahkan dengan air.Tutup kuali dgn penutup dan biarkan daging tu empuk

3. Bila daging sudah kering air, masukkan bawang besar dan halia yang di mayang, cili padi, terpulang sama ada nak potong cili padi atau letak sebiji-biji.

Kredit : FB : Resepi Orang Kampung

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

 

 

Published by
Faridah Talib