Sedapnya Daging Dendeng Minang Berlado. Boleh dijadikan idea untuk menu makan tengahari keluarga hari ini.
Bila sebut pasal Dendeng, ada pelbagai resipi yang ada. Ada yang manis bercampur kicap. Ada yang ditambah dengan ketumbar dan bermacam-macam lagi stail. Bergantung ada kegemaran masing-masing.
Cuma hari ni RASA nak kongsi resipi Daging Dendeng Berlado dari saudari Seri Syahrial. Mudah dan ringkas sahaja resipinya tapi sedap dan tentunya membuka selera. Sesiapa yang sukakan lauk sambal dan pedas, memang sesuai sangat cuba menu ni.
Tip untuk rasa Dendeng yang sedap adalah, guna air rebusan daging untuk kisar bahan-bahan rencah dan juga, guna minyak goreng daging untuk menumis rencah tersebut. Memang naik bau harum! Rasa pun lebih sedap.
Jom masak! Anda dan keluarga pasti makan dengan berselera.
Pernah cuba Sate Goreng? Jika belum pernah, memang anda kena cuba. Mudah, sedap dan membuka selera. Sama enaknya seperti sate yang dibakar dengan arang Cuma versi ini anda hanya pelu masak dalam kuali sahaja. Sesuai dinikmati bersama nasi imput, ketupat dan jug lemang. Wow…Jom lah cuba. Saudari Eliza Azizada kongsikan resipinya.
CARA MASAK SATE GORENG SEDAP YANG MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
1.Daging dipotong kecil dan dibasuh bersih. Toskan.
2. Perap daging dengan gula, biar meresap anggaran selama 10-15 minit.
3. Hasil perapan daging setelah diperap dengan gula selama 15 minit.
4. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
5. Lumur bahan kisar bersama daging. Ratakan.
6. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto sekiranya perlu. Sebatikan. 7. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalam 3 jam. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
8. Setelah 3 jam diperap, masak perapan daging dalam kuali.Tak perlu guna minyak sebab daging tu sendiri sudah keluarkan minyak.
9. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging perlu diperap lama supaya rasa dia sebati dan daging cepat empuk bila dimasak.
Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya dan sentiasa terkejar-kejar untuk masak, menu-menu menggunakan daging ni sangat sesuai anda cuba. Ringkas, mudah dan sedap. Malah daging jenis ini juga sangat mudah nak empuk. Jadi tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
1. DAGING DENDENG HITAM BASAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
1/2 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan air asam Jawa
1 helai daun salam
Rempah menumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN MAYANG HALUS:
3 biji bawang besar
3 batang serai
BAHAN KISAR :
10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan betul-betul garing.
Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
Daging dendeng basah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.
2. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
3. DAGING GORENG BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
10 batang serai |hiris halus
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
4 helai daun limau purut | hiris
Garam, gula, perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulasa bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. GULAI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
600gm daging batang pinang | dihiris
400gm daging tetel | dipotong halus
125ml santan segar
1 liter air bersih
2 sudu makan rempak kari daging
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 bji kentang | belah empat
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
2 batang serai | dititik
4 ulas bawang putih | dipotong nipis
5 ulas bawang merah | dipotong nipis
2sm halia | dipotong nipis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
5gm bunga lawang
3gm bunga cengkih
2sm kulit kayu manis
3gm buah pelaga
BAHAN KISAR:
4 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
6sm halia | dikisar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.
Terasa nak makan sup? Menu yang dikongsi ni pasti memenuhi citarasa dan selera anda. Mudah dan sedap!
SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 kg Tulang lembu Gear-Box
5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk, rebus menggunakan periuk tekanan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!