Daging dendeng adalah hidangan tradisional masyarakat kita. Juadah ini bolehlah dikatakan sebagai pelengkap ketika menyambut Syawal.Jadi, jomlah buat daging dendeng ini supaya tetap meriah walau beraya hanya di rumah.
DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili merah
Minyak masak secukupnya
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Menu berasaskan daging sememangnya menjadi kesukaan ramai orang. Namun kalau tidak pandai memasaknya, daging akan rasa liat dan kurang enak. Masak daging perlu kreatif agar dagingnya terasa superb! Cuba 5 resipi ini dan nikmati keenakannya.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging ] hiris nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih ] cincang halus
1 biji bawang besar ] dadu kecil
3cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis ] bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
DAGING GORENG BABY KAILAN
BAHAN-BAHAN: Bahan Perapan Daging:
300gm daging ] hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah ] hiris serong
2 biji bawang merah ] hiris
6 ulas bawang putih ] cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola daging
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 keping keju
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
6 biji cili padi | hiris
4 biji cendawan shitake |dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.
4. Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
5. Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
7. Bebola Daging Sos Mentega Keju sedia dihidangkan.
DAGING PAPRIKA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris, cuci dan tos
150gm cendawan shitake
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau |hiris
1sudu makan paprika
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk oregano
1 biji bawang besar |hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga pecah minyak
Masukkan dua cawan air rebusan daging tadi dan air asam jawa.
Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Biarkan kentang empuk seketika.
Kemudian Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. Boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.
1.Bersihkan daging. Kemudian di dalam satu bekas, satukan daging dengan cili kering yang sudah dikisar yang sudah dikisar tadi.
2.Masukkan kicap manis (cap kipas udang). Tuang je sampai warna bertukar. Agak-agak ye. Masukkan kicap pekat. Bajet- bajet tengok dah hitam sikit ok dah.
3.Kemudian, masukkan cuka. Gaul semua bahan, pakai sudu ye gaul. Kali ini jangan pakai tangan. Ketepikan selama 1 jam.
4. Panaskan minyak. Tumis rempah 3 sekawan. Masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau bagi rata. Jangan tambah air apa-apa dah.
6.Masak sampai daging empuk dengan menggunakan api sederhana. Angaran masak dalam 35 minit. Masak daging memang ambil masa sedikit.
7. Apabila daging dah nampak empuk dan kering sedikit, masukkan sos tiram. Gaul rata lagi. Api perlahan ye.
8. Masukkan gula bagi ada rasa lebih padu. Tapi kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing. Nampak dah kering siap dah la. Tutup api.
Hidangan stew memang sangat sedap dan mudah nak dimasak. Lauk ini boleh dikatakan lengkap dengan daging dan sayur kerana kita boleh letak banyak sayur dalam masakannya. Antaranya boleh masukkan kentang, saleri dan juga lobak merah. Jadi, andai kata anda tak sempat nak masak banyak lauk, boleh cuba stew daging ini.
STEW DAGING DAN SAYUR CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
300 gram daging batang pinang | hiris nipis
2 cm halia
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji ubi kentang | potong dadu
Lobak merah | potong dadu
Saleri | potong kecil
3 cawan air
Sedikit kiub pati daging
5 biji lada putih | tumbuk
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, kiub pati daging, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.