Daging dendeng adalah hidangan tradisional masyarakat kita. Juadah ini bolehlah dikatakan sebagai pelengkap ketika menyambut Syawal. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal, kan?

Berbeza Syawal kali ini kerana kita tidak lagi berpeluang beraya seperti dahulu. Kunjung mengunjung menjadi satu yang perlu dipantau keselamatannya. Tidak lagi boleh bersalam-salaman.

IKLAN

Kita digalakkan beraya di rumah sendiri sahaja. Jadi, jomlah buat daging dendeng ini supaya tetap meriah walau beraya hanya di rumah.

DENDENG DAGING BERLADO

BAHAN-BAHAN
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili merah
Minyak masak secukupnya
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging

CARA MEMBUAT
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!