Berbuka nanti apa kata korang cuba menu Daging Goreng Cendawan super simple ni, Korang hanya perlu ada daging dan cendawan, bahan lain semua ada dalam dapur korang. Mudahnya menu ni .

Cuma siapkan bahan ikut resipi atau ikut kreativiti korang asal bahan asasnya daging dan cendawan. Pendek kata campak-campak je dalam kuali gerenti jadi, paling penting sedap terangkat dan membangkit selera berbuka.

Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.

DAGING GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging batang pinang | hiris nipis memanjang
  • 150gm cendawan shitake | hiris nipis
  • 5cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang Holland | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 20gm daun bawang | potong 3cm
  • 1/2 cawan biji cili benggala merah, kuning & hijau | potong dadu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.
1: Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2: Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata.

Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.
3: Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.
4: Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.

Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.
5: Lengkapkan rasa dengan sos tiram.

IKLAN

Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.
6: Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.

ANDA MUNGKIN SUKA  MENU INI :

IKLAN

Sup Cendawan Tiram… Mudah DiMasak Lagi Menyihatkan.

DAN JUGA VIDEO INI;

https://www.youtube.com/watch?v=xGSSTi-U9Q8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI