Makan tengahari nanti apa kata korang cuba menu Daging Goreng Cendawan super simple ni, Korang hanya perlu ada daging dan cendawan, bahan lain semua ada dalam dapur korang. Mudahnya menu ni .
Cuma siapkan bahan ikut resipi atau ikut kreativiti korang asal bahan asasnya daging dan cendawan. Pendek kata campak-campak je dalam kuali gerenti jadi, paling penting sedap terangkat dan membangkit selera syawal.
DAGING GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang | hiris nipis memanjang
- 150gm cendawan shitake | hiris nipis
- 5cm halia muda | hiris memanjang
- 1 biji bawang Holland | dadu kasar
- 2 ulas bawang putih | titik
- 20gm daun bawang | potong 3cm
- 1/2 cawan biji cili benggala merah, kuning & hijau | potong dadu
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata.
3. Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.
4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
5. Lengkapkan rasa dengan sos tiram.
6. Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.
ANDA MUNGKIN SUKA MENU INI :
DAN JUGA VIDEO INI;
https://www.youtube.com/watch?v=xGSSTi-U9Q8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI