Daging Sambal Cili Padi, menu mudah dan cepat disediakan ini memang sedap dan sesuai untuk anda yang super sibuk dan takda masa duduk lama di dapur. Kalau bahan-bahan dah disiapkan awal-awal, anda hanya perlu masak kurang dari 15 minit untuk memasak. Hasilnya memang meletop sedap. Kepada yang perlukan resipi di sini RASA kongsikannya, boleh cuba.

DAGING GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
Garam dan gula secukup rasa
3cm halia | hiris
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 batang kacang panjang | potong 3cm
BAHAN SOS:
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
BAHAN KISAR:
15-20 biji cili padi
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Gaulkan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
  2. Panaskan minyak, goreng sekejap daging ( jika terlalu lama daging akan keras). Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal sedikit dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan bahan sos dan kacau rata hingga sos sebati dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi, perasakan dengan garam dan gula jika perlu ( kerana bahan sos sudah masin dan manis).
  6. Masukkan bahan hirisan, apabaila bahan hirisan sedikit layu. Tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

Kredit : Ziera Xiera

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI