Daging Goreng Cili Padi Untuk Yang Suka Pedas

Share

Daging goreng cili padi ini sesuai untuk mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau rasa nak lagi pedas, boleh tambah lagi banyak cili padi.

Tapi, kalau tak suka pedas sangat, boleh campur cili padi dengan cili merah besar.  Cuma hiris cili besar dan campurkan dengan cili padi. 

Resipi ini juga sangat mudah dan bahan yang digunakan juga tak banyak. Tapi, yang penting ia sedap. Makan dengan nasi panas pun boleh buat bertambah tau. Cubalah ye!

Resipi Daging Goreng Cili Padi

BAHAN-BAHAN:

  • 300gram daging – hiris nipis
  • 1 labu bawang Holland – hiris
  • 2 tangkai kacang panjang – potong
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMBUK:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 10 – 15 biji cili padi

CARA MEMASAK DAGING GORENG CILI PADI:

  1. Pertama, rebus daging dan hiris nipis. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Sediakan kuali dan panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging yang telah dilumur dengan kunyit tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga terbit bau.
  4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong.
  5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan hirisan bawang besar. Masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Boleh cuba resipi ini juga: Daging Dendeng

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nurul Azwa