Daging Goreng Kentang. Resipi Mudah Untuk Hidangan Tengahari Yang Cepat Siap.

Share

Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan.  Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.

DAGING GORENG KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji ubi kentang | dipotong kecil
  • Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
  • 1 biji bawang holland | dikisar
  • 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:

 1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.

 2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)

 3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.

 

4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.

 5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad

Published by
Nur