Daging Goreng Kicap, Resipi Lejen Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Share

 

 

Kalau stok daging masih banyak dalam peti sejuk tu, jom try resipi daging goreng ni. Tapi ni bukan daging goreng semata-mata tau. Yang ni daging goreng tapi dimasukkan kicap. Sedap teruk. Beza lauk yang ini dengan daging masak kicap adalah lauk ini dagingnya digoreng terlebih dahulu. Jadi rasanya lebih sedap kerana daging itu teksturnya lebih berperisa. Maklumlah digoreng terlebih dahulu, kan.

DAGING GORENG KICAP KERING


Memang terbaik nampak daging masak macam ni kan?

 

BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg daging (potong nipis, bersihkan dan gaulkan dengan garam, kunyit serta perasa)
• Minyak masak untuk menggoreng daging
• 1 sudu makan sos tiram
• Sedikit lada sulah
• 2 biji bawang besar (hiris)
• 4 biji cili padi (hiris)
• 2 biji cili masak (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 4 sudu besar kicap manis

CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali dengan api kecil. Masukkan daging yang siap digaul garam, kunyit tadi dalam kuali untuk keringkan airnya.
2. Bila air daging dah tak ada, masukkan minyak supaya daging masak rata.
3. Goreng sehingga daging garing.
4. Masukkan sos tiram dan lada sulah.
5. Masukkan bawang besar, cili padi, cili besar dan bawang putih. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan kicap manis.

Siap! Selamat mencuba.

Resipi oleh Mazliza Ahmad dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas