Daging goreng kunyit memang simple. Mudah dan cepat dimasak pulak.
Sejenis lauk yang simple. Tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah. Apa lagi kalau jenis yang suka makan kering. Tak perlu lauk lain dah.
Nak masaknya pun senang dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Bahkan, satu hidangan ini dah ‘lengkap’ sebab ada proteinnya, ada sayurnya.
Okay, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye. Selamat mencuba!
1 mangkuk daging (dihiris nipis)
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat – boleh beli online di sini
Serbuk Maggi cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Sedikit lobak merah (hiris)
Bawang besar (hiris) – boleh beli online di sini
Kacang panjang (hiris)
Cili padi merah (kalau nak pedas) – boleh beli online di sini
Satukan semua bahan (kecuali minyak) di dalam satu mangkuk. Kemudian panaskan minyak dan goreng hingga daging masak.
Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran seperti lobak merah, kacang panjang, cili padi merah dan bawang besar ketika daging hampir masak.
Gaul seketika. Siap! Mudah je kan?
Boleh beli online di sini
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official