Jom cuba resipi Daging Goreng Kunyit perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Menurut beliau resipi ini sangat istimewa kerana ia adalah resipi yang berasal dari ayahnya.
Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jika ayah masak menu ni, anak-anak pasti berebut nak meratah. Sangat enak! Dagingnya garing tapi bila dikunyah, terasa liat-liat lembut. Ha…Lebih kurang begitulah teksturnya. Sesuai dinikmati bersama nasi putih.
RESIPI DAGING GORENG KUNYIT RESIPI AYAH. SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk daging – dihiris nipis
1 sudu kecil (penuh) serbuk kunyit – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk kari daging – beli online disini
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat
Garam
Serbuk cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
2. Tumbuk halia hingga lumat. Ia adalah rahsia daging jadi lebih berperisa dan sedap.
3. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian kemudian sebatikan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng daging hingga masak.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur-sayur kegemaran ketikan daging hampir masak. (RASA: sesuai guna lobak merah, babycorn, kacang panjang, buncis atau bunga kubis)
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Daging Istimewa Dan Membuka Selera
Selain ikan dan ayam, daging juga sering menjadi pilihan dalam menu hidangan. Pelbagai masakan daging yang boleh diolah dan enak dijadikan sebagai menu harian. Dikongsi resipi yang boleh korang hidangkan untuk keluarga nanti.
Daging Cincang Goreng Bolognese
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging kisar | lalukan di atas air bersih dan tos
- 100gm sos balognes
- Sedikit parutan lobak merah
- 1 biji tomato | dadu halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu teh oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 biji bawang besar| dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan daging cincang dengan parutan lobak merah.
4. Kacau rata sehingga airnya kering.
4. Masukkan sos balognes, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat taburkan di dalamnya serbuk lada hitam, orengano.
6. Biarkan mereneh seketika, kemudian tutup api.
7. Daging Cincang Goreng Balognes sedia dihidangkan bersama roti.
Daging Goreng Tomato
BAHAN-BAHAN:
*300gm daging | hiris, cuci dan tos
- 2 sudu makan puri tomato
- 5 biji tomato ceri
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1sudu makan sos cili
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega bersama minyak, tumiskan bawang putih, merah hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan puri tomato, sos cili, kacau rata.
3. Masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
4. Masukkan tomato ceri, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali taburkan serbuk lada hitam, orengano di dalamnya.
6. Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.
7. Daging Goreng Tomato sedia dihidangkan.
Daging Paprika Cendawan
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging | hiris, cuci dan tos
- 150gm cendawan shitake
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 biji cili hijau |hiris
- 1sudu makan paprika
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 biji bawang besar |hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
6. Gaul seketika dan tutup api.
7. Daging Paprika Cendawan sedia dihidangkan panas-panas.
Daging Goreng Cili Padi
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | tumbuk kasar
- 2 ulas bawang merah | tumbuk kasar
- 10 biji cili padi | tumbuk kasar
- 2 tangkai kacang panjang |potong 1 inci
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging dan hiris nipis. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga terbit bau.
4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan hirisan bawang besar. Masak sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Sangai Beras & Tumbuk Kasar. Ini Petua Buat Daging Pekasam Homemade Yang Sedap
“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam
5 Sajian Kenduri Kendara Orang Utara. Lazat Berempah
Cuti sekolah ni waktu terbaik nak buat kenduri kendara. Tak kisahlah majlis doa selamat ke, majlis berkhatan ke atau majlis apa pun, lauk kenduri yang sedap pasti jadi bualan.
Orang belah Utara memang terkenal dengan sajian menggunakan rempah ratus yang melazatkan juadah. Ni resepi dari Che Nuri Azmi ,Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatan resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara yang juga resipi warisan keluarganya.
Jom salin…
1. KURMA AYAM & TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg ayam
- 30 biji telur ayam
- 3 liter santan
- 6 biji kentang | belah empat
- 6 biji bawang | besar belah empat
- 6 biji tomato | belah 4
- 12 sudu makan rempah kurma
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS :
- 5 batang kulit kayu manis
- 10 kuntum bunga lawang
- 15 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 20 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 10sm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.
5. Masukkan ayam dan ubi kentang.
6. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut.
7. Masukkan santan dan biarkan mereneh atas api sederhana.
8. Masukkan telur rebus, hirisan bawang dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit, tutup api.
10. Kurma ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cucuk telur dengan garpu supaya kuah lebih mudah menyerap ke dalam telur.
…………..
Saiz hidangan: 60 orang
Masa memasak:1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Enak, tidak pedas dan kaya dengan aroma rempah ratus
2. PAJERI NANAS UTARA:
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji nanas | buang kulit dan hiris bulat, celur dan tos
- 2 liter santan
- 10 sudu makan remah kari
- 5 sudu makan kerisik
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
- 3 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 10 biji buah pelaga
- 10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 9sm halia muda
- 30 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 5 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga kekuningan, masukkan pula rempah kari.
3. Kacau rata, selepas timbul minyak santan dan nanas, biarkan kuah mereneh seketika.
4. Masukkan kerisik, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga pekat dan timbul minyak.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika nanas muda dan masam, semasa celur, tambahkan sedikit gula dan garam. Kemudian tos sebelum dimasak untuk pajeri.
……………
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:45 minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan Enak dengan rasa masam manis dan kaya dengan aroma rempah ratus.
3. BATANG KELADI ASAM REBUS:
BAHAN-BAHAN:
- 20 pokok batang keladi | buang kulit arid an potong 3-4 cm
- 6-8 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 20 ulas bawang merah
- 8cm kunyit hidup
- 1/2 cawan ikan bilis
- 10 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah
- 20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian renehkannya.
2. Celurkan batang keladi 2-3 minit kemudian bilas di bawah air paip mengalir supaya lender dan rasa gatalnya gilang. Ketepikan dan tos.
3. Kemudian masukkan semula dalam periuk tambah air secukupnya dan masukkan bahan kisar serta asam gelugor.
4. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah batang keladi masak dan cukup rasa. Tutup api.
6. Batang keladi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, anda boleh gunakan cili kering mengantikan cili merah. Boleh juga tambah daun kesum dan bunga kantan jika suka.
…………..
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit .
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Enak dengan rasa kuah masam pedas dan batang keladi yang lembut.
4. DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg daging | rebus
- 20 batang kacang panjang | potong 3-4cm
- 10 biji kentang | potong memanjang
- 5 tangkai cili merah | hiris
- 4 biji bawang besar hiris
- 4 sudu makan lada hitam | tumbuk kasar
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang besar
- 20 ulas bawang putih
- 9cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Daging yang direbus, dihiris nipis.
2. Gaul daging hirisan daging dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
3. Panaskan, goreng kentang, angkat dan ketepikan.
4. Kemudian goreng daging (jangan terlalu garing) angkat dan tos.
4. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumis bahan kisar hingga wangi,, masukkan daging bersama kacang dan hirisan cili.
6. Seterusnya , masukkan sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa, angkat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan hirisan cili padi untuk rasa lebih pedas.
…………..
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Rebus dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Garing dan sedap.
5. MASAK LEMAK PUCUK MANIS BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ikat pucuk manis | ambil daun muda dan pucuk saja
- 2 biji labu | lebih kurang 3-4 kilo
- 3 liter santan
- 1 liter air
- 1 cawan ikan bilis
- 20 biji bawang merah | hiris
- 20 ulas bawang putih | hiris
CARA MEMASAK:
1. Labu buang kulit dan biji, kemudian potong dadu.
2. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air.
3. Apabila labih hampir empuk, masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan putih.
4. Seterusnya masukkan santan dan daun puncuk manis, biarkan hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api, gulai labu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain pucuk manis, boleh juga guna pucuk turi dan bayam.
………….
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit.
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan :Sayur.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih : RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Daging Kambing Bakar Kunyit Bersama Air Asam Dan Kuah Kicap
Aroma dan rasa kambing bakar sepadan dengan rasa masam, pedas dan masin air asam dan sambal kicap. Kombinasi dua jenis pencicah yang memukau rasa.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
- Sedikit garam dan kunyit
AIR ASAM:
- 150gm air asam jawa
- 5 biji cili padi
- 10gm bawang merah
- 1 biji cili merah besar
- 5gm air perahan limau nipis
- 1 biji bawang besar | mayang
- 1 biji tomato | potong dadu
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
SAMBAL KICAP:
- 20 tangkai cili padi
- 50gm gula pasir
- 50ml kicap manis
- 5gm belacan
- 10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
- Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
- Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Jangan panggang kambing terlalu masak, kerana tekstur dan rasa daging kambing akan berubah dan mudah keras bila sejuk.