Jom cuba resipi Daging Goreng Kunyit perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Menurut beliau resipi ini sangat istimewa kerana ia adalah resipi yang berasal dari ayahnya.
Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jika ayah masak menu ni, anak-anak pasti berebut nak meratah. Sangat enak! Dagingnya garing tapi bila dikunyah, terasa liat-liat lembut. Ha…Lebih kurang begitulah teksturnya. Sesuai dinikmati bersama nasi putih.
RESIPI DAGING GORENG KUNYIT RESIPI AYAH. SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk daging – dihiris nipis
1 sudu kecil (penuh) serbuk kunyit – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk kari daging – beli online disini
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat
Garam
Serbuk cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
2. Tumbuk halia hingga lumat. Ia adalah rahsia daging jadi lebih berperisa dan sedap.
3. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian kemudian sebatikan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng daging hingga masak.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur-sayur kegemaran ketikan daging hampir masak. (RASA: sesuai guna lobak merah, babycorn, kacang panjang, buncis atau bunga kubis)
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official