Selain daging yang dimasak rendang, daging goreng juga sedap dimakan dengan nasi himpit. Boleh try masak resipi yang RASA kongsikan ini. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya.
DAGING GORENG MASAK SAMBAL CILI API DENGAN TERUNG
Bahan A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato
2 biji terung pendek (hiris lebar)
Bahan B (dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Makan Nasi Briani, Ini Resipinya Siap Lauk & Sayur Sekali.
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
- 2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
- 4 biji buah tomato | potong dadu
- 100 gm daun pudina
- 100 gm daun ketumbar
- 1 liter air
- 200ml susu cair
- 4 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan kacang gajus | bakar
- Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih |hiris
- 2cm halia | hiris halus
- 2cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
- Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
- Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
- Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
- 4 biji kentang | kupas dan belah empat
- 2 biji bawang besar | belah empat
- 2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
- 2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
- 2 sudu makan bawang goreng
- 2 pokok daun ketumbar
- 1 cawan susu cair/segar
- 1 biji lemon
- 1 biji bawang besar, hiris
- 2 sudu makan rempah briani
- 2 sudu makan gula Melaka
- 2 sudu makan kerisi
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR - 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cmhalia
- 1 biji tomato yang masak ranum
- 3 biji cili hijau
BAHAN TUMIS - 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
- Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
- Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
- Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
- Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
- Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
- Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
- 1batang lobak merah | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
- 8ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk kari daging
- 2 cm halia hiris memanjang
- 2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh biji sawi
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
- Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
- Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
- Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
- Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.
Nak Makan Meatball Sedap Ala Ikea? Ni Resipinya
Jom cuba buat meatball sedap macam Ikea. Seperti yang ramai tahu, makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade yang sedap, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Jom cuba!
MEATBALL HOMEMADE SEDAP ALA IKEA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji) – beli online disini
- Bawang putih – hiris ( anggaran 2-3 ulas) – beli online disini
- 3-4 sudu makan serbuk roti – beli online disini
- Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini
- Serbuk lada putih secukupnya – beli online disini
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Perasa – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.)
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.
5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nor Izzatie Mardu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Zmila_Thai Kongsikan 3 Sajian Menarik Dalam Rancangan Tv Rasa Instafamous Episod 10
Rasa Instafamous episod ke sepuluh menampilkan Zmila_Thai dengan tiga resipi menarik beliau, Kentang Lolipop, Rendang Daging Hijau Bubur Biji Nangka. Walaupun pertama kali bersiaran di rancangan tv, Kak Mila nama panggilan mesranya begitu ‘serasi’ dan ‘mesra’ dengan hos rancangan Aunty Aini.
Instafamous Zmila Thai atau nama sebenarnya Zamila Jeffry, 46 tahun, merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mula aktif di instagram sejak 2 tahun yang lalu, katanya
Asalnya bila anak duduk asrama hari-hari call tanya mami masak apa.. dan bila difikir daripada bil telefon melambung banyak, jadi anak sulung buatkan ig untuk mami masak tapi saya tak sangka ramai yg followww..
Dari situ beliau terus menjadikan medium sosial IG sebagai tempat beliau berkongsi gambar dan video resipi bersama pengikut-pengikutnya dari pelbagai peringkat usia. Dengan kemudahan media sosial yang ada, niatnya mahu berkongsi dan bertukar ilmu lebih mudah dan cepat.
Minat memasaknya bermula dari sekolah sekola tadika lagi. “Ketika itu curi ambik ikan bilis, minyak dan mancis kat dapur… ambik dan nyalakan api, guna penutup tin milo bakar kat luar rumah dan mak memang tak tau sebab bekerja di pejabat ofis ketika itu rancangan memasak Tv 1 kesuma tv 3 rancangan kuali…”. Menu pertama masakannya adalah ikan kembong masak pindang dan masakan kampung menjadi pilihannya sekeluarga.
“Memasak adalah perkara yang menyeronokkan kerana kita akan merasa lebih puas bila suami dan anak-anak makan dengan hasil air tangan sendiri dan akan ada bandingan contoh seperti ‘sedap lagi mami masak’ “,katanya.
Suri hati kepada Thairul Shah Sulaiman, 50 tahun, mengakui tiada hidangan wajib bagi mereka sekeluarga dan bersyukur dengan apa jua rezeki yang ada tetapi sayur-sayuran wajib ada dalam setiap hidangan mes kipun timun. Mereka sekeluarga hanya akan makan di luar pada hari minggu dan dari situ idea memasak akan muncul bila tiba di pasaraya bila melihat bahan-bahan segar, ujar Zamila yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, kesemuanya perempuan. Anak pertama Dani Arishah Thairul Shah, 19tahun, belajar, anak kedua Danish Irishah Thairul Shah, 16tahun, belajar dan yang bongsu Daris Marshah Thairul Shah, 12tahun, sekolah rendah.
Ditanya apa perasaannya apabila dirinya diundang di program Rasa Instafamous, katanya dia merasa sangat seronok kerana masakannya dihargai oleh orang lain dan merasa bangga dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi peminat masakan. Pengalaman bersama krew rancangan dan host Aunty Ani juga amat berharga buat dirinya.
Nah rasai sendiri kesedapan 3 resipi istimewa yang di kongsikan oleh Zmila_Thai , Kentang Lolipop, Rendang Daging Hijau dan Bubur Biji Nangka. Selamat mencuba!
1. KENTANG LOLIPOP
2. RENDANG DAGING HIJAU
3. BUBUR BIJI NANGKA
Jika anda inginkan lagi resipi-resipi lazat yang lain, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous yang bersiaran setiap hari Isnin jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135
https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/287436182095124/