Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapannya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.

DAGING GORENG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
  • 1 biji bawang besar| dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2cm halia | dihiris memanjang
  • 3 batang serai| dihiris serong
  • 1 biji cili merah| dihiris memanjang
  • ½ biji cili benggala
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Ads

Daging Goreng Serai, Menu Ekspres & Sedap.

LANGKAH 1:  Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah dan serai  hingga wangi.

Daging Goreng Serai, Menu Ekspres & Sedap.

LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit

Daging Goreng Serai, Menu Ekspres & Sedap.

Ads

LANGKAH 3: Masukkan sos tiram

Daging Goreng Serai, Menu Ekspres & Sedap.

LANGKAH 4: Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.

Ads

Daging Goreng Serai, Menu Ekspres & Sedap.

LANGKAH 5: Akhir sekali masukkan hirisan  lobak merah, cili merah dan cili benggala.  Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI