Daging Goreng Serai, Sedap & Senang Masak, Orang Bujang Boleh Cuba Ni.

Share

Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.

DAGING GORENG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
  • 1 biji bawang besar| dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2cm halia | dihiris memanjang
  • 3 batang serai| dihiris serong
  • 1 biji cili merah| dihiris memanjang
  • ½ biji cili benggala
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

LANGKAH DEMI LANGKAH:

  1. Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.

3. Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit.

 

Masukkan sos tiram

4. Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.

5.. Akhir sekali masukkan hirisan  lobak merah, cili merah dan cili benggala.  Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

 

Published by
Norasida Myasin