Daging Goreng Tumis Pedas Berempah, Wangi & Sedap Sampai Menjilat Jari!

Share

Kalau anda suka lauk yang pedas, beraroma dan mudah disediakan, inilah dia, Daging Goreng Tumis Pedas. Walaupun nampak ringkas, lauk ni memang padu betul bila kena dengan nasi panas dan hirisan timun.

Gabungan hirisan daging lembut bersama tumisan cili dan bawang memang “kena betul” dengan selera rakyat Malaysia. Ada yang suka versi tumis kering, ada juga yang biar berkuah pekat sedikit. Tapi apa pun gaya, bila sambal dah pecah minyak dan daging dimasak empuk, hasilnya memang membuka selera.

DAGING GORENG TUMIS PEDAS

BAHAN MARINATE DAGING:

300g daging – hiris nipis

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk perasa

1 sudu kecil serbuk bawang putih

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar tepung jagung

50 ml air

BAHAN BUMBU HALUS:
6 biji cili padi merah
8 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
4 sudu besar minyak

BAHAN TUMIS:
½ biji bawang holland
½ sudu kecil garam
1 sudu serbuk perasa
1 sudu besar sos tiram
50-100ml air
Daun bawang
5 helai daun limau – dihiris

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Tip Masakan Supaya Daging Lembut & Tak Liut

✅ Gunakan daging batang pinang atau daging bahagian paha (lebih lembut).
✅ Rebus daging dengan sedikit halia & serai untuk hilangkan bau hanyir.
✅ Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama lagi sedap. 
✅ Tumis cili sampai benar-benar pecah minyak, barulah sambal tak pahit.

Daging Goreng Tumis Pedas

ni memang lauk “paling selamat” kalau nak masak cepat tapi tetap nampak mewah. Pedasnya sedang-sedang, sambalnya berkilat, dan setiap suapan daging terasa rempahnya meresap.

Lagi sedap bila makan dengan nasi putih panas, sambal belacan dan ulam, memang licin pinggan dibuatnya! Resipi ni juga sesuai untuk anda yang suka lauk tahan lama. Boleh simpan dalam peti dan panaskan bila perlu, rasanya tetap sedap dan wangi.

Pendek kata, kalau nak masak lauk pedas yang senang tapi nampak macam masakan restoran, inilah dia jawabnya!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin