Daging korban sedap juga dimasak menu daging harimau meraung seperti yang dikongsi oleh Cikgu Afy. Cicah pula dengan sambal. Cair sungguh bila semua bergabung dalam mulut. Resepi ni cikgu reka sendiri je.Jadi jom tengok cara buatnya yang sangat mudah.
DAGING HARIMAU MERAUNG
A.DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
1 senduk kecil sos blackpepper
1 senduk kecil kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam kisar
Secubit dua serbuk kunyit
Sedikit perencah secukup rasa
3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang
*Daging yang dibakar jangan terlebih masak. Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar
tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika.Hirislah daging nipis-nipis.
SAMBAL PENCICAH
Sediakan bahan di bawah:
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisse / gula melaka
4 sudu besar sos ikan
Cara membuat:
1.Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2.Masukkan dalam mangkuk.
3.Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Esok umat Islam bakal menunaikan ibadah puasa. Oleh itu pasti ramai ibu-ibu yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan ringkas untuk disajikan buat keluarga di waktu sahur nanti. Berikut adalah beberapa hidangan yang boleh dicuba.
1. RENDANG AYAM KUALA KETIL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | dipotong kecil
1 bunjut rempah sup tulang
5 ulas bawang putih | dikisar halus
5 biji bawang merah | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2sm halia | dikisar halus
2sm lengkuas | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari daging | dikisar halus
1 helai daun kunyit muda | dimayang halus.
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bunjut sup tulang bersama bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Masukkan pula santan pekat dan kerisik. Masak dan kacau sehingga santan pecah menjadi minyak.
Kemudian, masukkan pula ayam, daun kunyit dan kacau sebati. Masak sehingga kuahnya berkurang dan pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Info Chef: Tambahkan cili padi di dalam bahan kisar dan daun limau purut untuk rasa yang lebih pedas dan aroma yang memukau.
2. SUP IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar
1 batang kulit kayu manis
1 butir bunga lawang
4 ulas bawang putih | dihiris nipis
4 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji lada merah | dihiris nipis
1/2 biji lobak merah | dihiris
1 biji tomato | dibelah enam
1/2 cawan air asam jawa
Bawang goreng secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.
Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna.
Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api.
Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Air asam jawa berfungsi untuk menyeimbangi rasa dan menyedapkan lagi sup.
3. DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
5. SOTONG MASAK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | dibersihkan
5 biji cili merah | ditumbuk halus
4 biji cili api | ditumbuk halus
3 biji bawang merah | ditumbuk halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1sm kunyit hidup | ditumbuk halus
1 batang serai | dititik
1 biji tomato | dibelah enam
5 sudu makan santan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk halus dan serai sehingga garing dan terbit minyak.
Setelah itu, masukkan pula sotong dan juga tomato. Kacau dan masak sehingga empuk.
Tuangkan pula santan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan didihkan seketika. Padamkan api.
Sedia untuk dihidangkan sebagai menu utama bersama nasi panas.
Info Chef: Sotong hendaklah dibersihkan dan dibuang dakwat hitamnya. Meskipun dakwat hitam memberi rasa lemak dan enak tetapi ia memberi kesan kepada kesihatan.
6. SAYUR FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
5 tangkai sawi hijau | dicuci bersih
1 keping tauhu telur | dipotong tebal dan goreng
1/2 biji lobak merah | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh air
1 sudu makan minyak bijan
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan mendidih.
Setelah itu, tambahkan pula minyak bijan dan sawi. kacau dan masak sehingga layu.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati.
akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kaup balikkan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Jika ingin menggunakan sos tiram, elakkan penggunaan garam sebagai perasa kerana sos tiram sudah cukup menerbitkan rasa masin yang sempurna.
Kari kambing memang sangat sedap. Boleh dijadikan lauk untuk dimakan dengan nasi, lempeng ataupun roti. Resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di group Rasa Share Resepi ini nampak mudah. Bolehlah kita try buat hujung minggu nanti.
KARI KAMBING
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 cm halia (hiris)
7 ulas bawang merah kecil (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
4 tangkai daun kari
1 helai daun pandan (disimpul)
7 tangkai cili kering (kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
1 kg daging kambing (potong kecil, basuh dan toskan)
Sedikit air
1 1/2 peket saiz kecil rempah kari daging
Jintan manis
Jintan putih
2 biji kelapa parut (diperah santannya)
Asam keping
Garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan daun kari dan daun pandan. Tumis lagi.
3. Masukkan cili kering, bawang besar dan kunyit hidup. Tumis lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan daging kambing dan air. Masak sampai daging kambing empuk.
5. Masukkan rempah kari, jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
6. Kemudian, masukkan santan, asam keping dan garam.
7. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.
Jom cuba resipi Sambal Bilis Petai Campur Tempoyak perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Sangat ringkas dan mudah tapi rasanya begitu membuka selera.
Bagi anda yang wajib ada hidangan sambal bila setiap kali waktu makan, resipi yang dikongsikan ini wajiblah dicuba. Memang sangat sedap rasanya.
Jadi jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini dan juga cara masaknya. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAMBAL BILIS PETAI CAMPUR TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Ikan bilis – beli online disini
4 ulas bawang merah kecil – ditumbuk
5 ulas bawang putih – ditumbuk
Sos tiram – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
Petai
10 tangkai cili api – dihiris
3 labu bawang merah besar – dihiris
2 sudu besar tempoyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak goreng ikan bilis tadi. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan sos tiram dan asam keping.
3. Masukkan petai, cili api dan bawang besar. Kacau sebati. Biarkan bawang besar layu.
4. Masukkan tempoyak dan garam. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Boleh dihidang.