Makan

Daging Harimau Meraung Bersama Sos, Lembut & Juicy

Share

Daging korban sedap juga dimasak menu daging harimau meraung seperti yang dikongsi oleh Cikgu Afy. Cicah pula dengan air sambal. Cair sungguh bila semua bergabung dalam mulut. Resepi ni cikgu reka sendiri je.Jadi jom tengok cara buatnya yang sangat mudah.

DAGING HARIMAU MERAUNG

A.DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
1 senduk kecil sos blackpepper
1 senduk kecil kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam kisar
Secubit dua serbuk kunyit
Sedikit perencah secukup rasa

Bahan tumbuk:
1 batang serai
Sehiris nipis halia
1 ulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.

3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang

*Daging yang dibakar jangan terlebih masak. Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar
tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika.Hirislah daging nipis-nipis.

SAMBAL PENCICAH

Sediakan bahan di bawah:
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisse / gula melaka
4 sudu besar sos ikan

Cara membuat:

1.Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2.Masukkan dalam mangkuk.
3.Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.

 

Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN